Rabu, 23 November 2016

Dewan Rakyat luluskan Bajet 2017, 105 BN menyokong, 1 PAS berkecuali, 73 Pembangkang menolak.

105 ahli parlimen menyokong bajet 2017, 73 tidak bersetuju dan seorang tidak mengundi (berkecuali)105 ahli parlimen menyokong bajet 2017, 73 tidak bersetuju dan seorang tidak mengundi (berkecuali)
Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 selepas dibahaskan sejak 24 Okt lepas.
Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undian belah bahagian dengan 105 Anggota Parlimen menyokong, 73 tidak bersetuju dan seorang tidak mengundi (berkecuali).
Keputusan undian itu diumumkan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira 11 malam tadi.
Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ketiga yang kemudiannya disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan rang undang-undang itu pada 21 Okt lepas dan diluluskan di peringkat dasar pada 7 Nov sebelum ke peringkat jawatankuasa.
Rang undang-undang ini bertujuan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA