Khamis, 10 November 2016

Demo seluruh Amerika sambut kemenangan Trump

Penunjuk perasaan berpusu-pusu berarak di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat semalam bagi membantah kemenangan mengejutkan hartawan terkemal Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu semalam.
Mereka mengecam retorik kempen kontroversinya berkaitan pendatang, orang Islam dan kumpulan lain, lapor Reuters.

Di New York, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan di Manhattan untuk menuju ke Menara Trump. Mereka juga bersorak “Bukan Presidenku”.
Di Chicago, kita-kira 1,800 orang berkumpul di Trump International Hotel and Tower, sambil melaungkan slogan “Tolak Trump! Tolak KKK! Tolak AS yang rasis”.
KKK atau Ku Klux Klan (KKK) merujuk kepada pergerakan pelampau AS yang diasaskan sejak penghujung abad ke-19 yang memperjuangkan ketuanan golongan kulit putih dan antipendatang di negara itu.
“Saya benar-benar bimbang apa yang akan jadi pada negara ini,” kata Adriana Rizzo, 22, yang memegang poster bertulis “Nikmatilah hak anda sementara boleh”.
Mereka menyatakan bantahan terhadap kenyataan Trump dalam kempennya untuk membina tembok dengan Mexico bagi mengelakkan pendatang memasuki negara itu secara haram.

Beratus-ratus lagi berkumpul di Philadelphia, Boston, Seattle dan Portland, Oregon manakala demonstrasi seterusnya dirancang di San Francisco, Los Angeles dan Oakland, California.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA