Rabu, 23 November 2016

DEMO BERSIH 7 DI 700 LOKASI DI SELANGOR, JAMAL BAKAL CATAT REKOD DUNIA...

Selepas bebas dari tahanan polis selama empat hari dan mengaku tidak mandi dalam  tempoh itu, Jamal Mohd Yunus yang merupakan Ketua Kumpulan Baju Merah lantas mengumumkan kempen baru Bersih 7 yang akan dimulakannya esok.

Tidak seperti gerakan mereka sebelum ini yang hanya bertujuan mengganggu demonstrasi aman baju kuning  anjuran Bersih 2.0, sebaliknya kali ini ia bertujuan untuk membantu UMNO dan BN menawan kembali Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan.
Katanya, rakyat Selangor perlu diselamatkan daripada kerajaan negeri sekarang yang mendustai rakyat berikutan banyak janji dalam manifesto PRU 13 dan PRU 13 yang belum ditunaikan lagi.

Jamal turut mengumumkan, demonstrasi Bersih 7 akan dimulakan di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada jam 3.00 petang esok dan kemudian akan diadakan di 700 lokasi di seluruh negeri itu.

Perghhh...700 lokasi untuk berdemo? Biar betul? 

Oleh kerana Selangor mempunyai 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri, pastinya 700 lokasi untuk demonstrasi Bersih 7 itu akan merebak hingga ke bandar-bandar kecil dan juga ceruk-ceruk kampung di seluruh negeri itu.

Sudah tentu juga ini adalah demonstrasi paling besar jumlahnya dan suatu kejayaan gemilang bagi sesebuah NGO  seperti Baju Merah dan tidak diragui lagi merupakan satu rekod dunia serta layak disenaraikan dalam "Rekod Dunia Guinness".

Dengan kejayaan menganjurkan 700 demonstrasi itu, Jamal secara automatik layak diisytiharkan sebagai satu lagi keajaiban baru di dunia ini. Bermakna kini sudah ada lapan benda ajaib di muka bumi ini.

Tidak ada mana-mana NGO di dunia ini, dulu, kini dan selamanya - pernah mengadakan demonsrasi sehingga di 700 lokasi banyaknya. Hanya Baju Merah mampu melakukannya.

Juga, dulu, kini dan selamanya - tidak ada mana-mana manusia mampu menggerakkan demonstrasi sebanyak 700 lokasi  melainkan hanya Jamal.

Kata orang Indonesia, hebat bener Jamal ini....

Itu baru ilham yang diperolehinya kerana tidak mandi selama empat hari. Bayangkan jika beliau tidak mandi selama seminggu atau lebih daripada itu. 

Jawatan menteri  apa agaknya sesuai untuk Jamal?

2 ulasan:

  1. Kenapa polis bebaskan jamal tetapi tidak maria. Bersih 5 dah tamat.
    Jamal ni bahaya, lps dibebaskan, masih nak berdemo.

    BalasPadam
  2. Itulah kesan lokap terhadap jamal. Dulu dia pengecut saja. Skrg dia pengecut yg meroyan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA