Ahad, 13 November 2016

Demi rakyat, mereka yang dulu "jauh" kini bersama Pakatan Harapan



Wan AZizah Wan Ismail
Ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim menyeru semua pihak menyatakan pendirian untuk terus bersama dalam gabungan Pakatan Harapan demi menyelamatkan Malaysia.
Beliau berkata, demi rakyat, persefahaman dan kesepakatan harus disuburkan untuk membina Malaysia yang lebih baik tanpa berundur kerana Pakatan Harapan memiliki semangat "lawan tetap lawan-satu lawan satu".
"Dalam begitu lama kita ditindas dalam perjuangan demi mahu memastikan kelangsungan perjuangan rakyat, sehinggakan sampai satu tahap, mereka yang dahulunya ‘jauh’ dengan kita telah bersama dengan kita.
"Kerana matlamat yang sama, ia telah merapatkan hubungan kita yang dulunya terpisah. Dengan keterpisahan itu, mengenalkan sesama kita makna perjuangan rakyat, kebajikan rakyat, dan kemajuan demi rakyat. Bak kata, pepatah melayu, “sepakat membawa berkat” dan “yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan”," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, semalam.
Konvensyen yang dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin akar umbi Pakatan Harapan itu melancarkan petisyen "Bebaskan Anwar".
Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu malaysia (PPBM) turut memakai lencana tertera tulisan "Bebas Anwar" di samping gambar bekas ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga mengajak seluruh pimpinan pembangkang untuk turun ke perhimpnan Bersih 5 bagi bersama-sama rakyat dari seluruh negara membantah monopoli kenaikan harga barang.
"Pada 19 November ini iaitu pada hari Sabtu hadapan, kita akan turun ke Perhimpunan Aman Bersih 5 di Dataran Merdeka bersama-sama rakyat dari segenap pelusuk negara.

"Kita tuntut demokrasi yang adil dan saksama. Bersih menuntut pilihanraya yang bebas dan adil; membantah monopoli dan kenaikan harga barang; menentang penyalahgunaan kuasa dan kezaliman. Tuntutan tersebut adalah juga tuntutan rakyat.
"Ini adalah adat perjuangan yang menjadi tanggungjawab kita untuk membina suatu yang lebih baik, lebih saksama dan lebih mulia.
"Semua ini melihat kepada semangat kemerdekaan sebuah negara demokratik dengan Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan akan tercapai," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA