Isnin, 21 November 2016

Dedah Rasuah: Adun DAP digantung hadiri sidang Dun Sarawak

Adun Kota Sentosa Chong Chieng Jen digantung hadiri sidang Dun selama lapan hariAdun Kota Sentosa Chong Chieng Jen digantung hadiri sidang Dun selama lapan hari
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen hari ini digantung berkuat kuasa serta merta daripada menghadiri Persidangan Dewan Negeri selama lapan hari yang bermula di sini hari ini.
Speaker DUN Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar membuat keputusan itu selepas Chong gagal menarik balik "dakwaan serius" mengenai rasuah yang dibuatnya terhadap Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Sebelum itu, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak, cuba memfailkan satu usul ke atas Adenan berhubung sejumlah RM250 juta yang didakwa hilang dan merupakan sebahagian daripada RM905,900,000 yang diluluskan untuk projek-projek kecil luar bandar semasa sidang dewan negeri tahun lepas.
Awang Asfia menasihatkan Chong untuk menarik balik dakwaannya.
Apabila Chong enggan, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh mengemukakan satu usul untuk menggantungnya yang kemudiannya disokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Chong berkata tindakan speaker berbuat demikian adalah tidak betul.
"Sebagai anggota dewan negeri, saya bertanggungjawab memastikan wang kerajaan negeri dibelanjakan dengan sewajarnya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA