Isnin, 21 November 2016

DBKL tak pernah arah peniaga tutup kedai semasa Bersih 5 kata Datuk Bandar

Amin berkata, DBKL hanya berhak mengarahkan penjaja yang berniaga di tepi jalan menutup gerai mereka, bukannya premis di sekitar Kuala Lumpur disebabkan masalah tertentu.
Datuk-Seri-Mohd-Amin-Nordin-Abd-AzizPETALING JAYA: Penganjur Bersih 5 tidak seharusnya menunding jari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kerugian yang ditanggung peniaga ketika perhimpunan itu berlangsung kelmarin, kata Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.
Ini kerana, kata datuk bandar Kuala Lumpur, pihaknya tidak pernah mengarahkan mana-mana pemilik premis menutup kedai mereka semasa perhimpunan Bersih 5.
“Saya tidak tahu siapa yang arah tutup, saya sendiri tidak mengeluarkan arahan supaya premis sekitar Kuala Lumpur ditutup, kerana kalau ikut undang-undang pemilik premis boleh membuka dan menutup perniagaan mereka,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Thomas Fann dilaporkan berkata, peniaga yang menanggung kerugian akibat perhimpunan pada Sabtu lalu perlu mendapatkan tebus rugi daripada DBKL, memandangkan arahan menutup kedai dikeluarkan DBKL.
Amin berkata, DBKL hanya berhak mengarahkan penjaja yang berniaga di tepi jalan menutup gerai mereka, bukannya premis di sekitar Kuala Lumpur disebabkan masalah tertentu.
“Kita menjaga pelesenan, kita memang boleh, sebagai contoh peniaga pasar malam, kalau kita arah mereka tutup mereka kena tutup, tetapi kalau premis, suka hati mereka mahu buka atau tutup semasa Bersih 5.
“Tetapi, kalau di bahagian penjajaan, peniaga yang berniaga di atas jalan disebabkan perkara tertentu kita boleh arahkan mereka tutup sehari ke seminggu ke, malah sebulan pun mereka kena ikut arahan kita,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA