Jumaat, 4 November 2016

Dasar luar negara ke China: Putrajaya, Kabinet,Parlimen perlu bahas secara serius


Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad Putrajaya, Kabinet dan Parlimen perlu membahaskan penetapan dasar luar  negara dibuat  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China secara serius, kata Pengarah Strategik Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata  saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mungkin  juga membayangi peralihan dasar luar yang dibuat oleh  Najib itu dari negara Uncle Sam  ke China.
"Putrajaya , Kabinet dan Parlimen mesti membahaskan perkara ini dan penting kerana  hubungan Malaysia dan China itu berpotensi  meletakkan negara dalam kedudukan 'bertolak ansur' serta terdedah kepada kuasa hegemoni baru di rantau ini iaitu China secara ' asymmetrical' atua tidak seimbang.
"Persoalan maha besarnya ialah layakkah Najib membuat penetapan dasar luar yang mempunyai impak geopolitik dan risiko strategik ketika dalam kedudukan yang nyata dilihat sebagai tidak kukuh atau 'compromised'?
"Pastinya langkah ini ditanggapi pundit strategi sebagai paling tidak bijak bahkan 'outrightly reckless' atau tidak bertanggungjawab.
"Perubahan dasar luar dinilai dengan faktor kritikal geostrategik secara menyeluruh dan seimbang," ujarnya bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.
Justeru ujarnya lagi, beliau mengharap perkara ini dapat perhatian wakil rakyat dan pengubal undang-undang di Dewan Rakyat kedua pihak.
"Ini adalah isu bi-partisan," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr DZulkefly berkata, Najib berhak memilih mana-mana negara untuk membuat pelaburan sebagaimana sedang diusahakan dengan negara China masa ini.
Namun ujarnya lagi, lagi jika 'menjual' negara secara berlebihan dan melampau adalah perkara yng berbeza berbanding sekadar pelaburan.
"Tambahan serangan tajam Naib ketika dalam lawatan ke negara China yang diarah khusus kepada kuasa rasmi kolonial tidak sukar dibaca sebagai 'anjakan luar' Malaysia.
"Najib baru saja bermain golf bersama Presiden Obama. Apakah punca peralalihan ini?
"Jelas saman sivil DOJ.Bukan sahaja kerana anak tiri Riza Aziz disebut dalam saman DOJ, Najib juga disebut dengan MO1. Beliau tentunya amat gusar dan tersangat berang," ujarnya.
Justeru Dr Dzulkefly mempersoalkan adakah kerana imej atau maruah perdana menteri itu kini tercalar menjadi sebab Najib membuat perubahan dalam dasar luar Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA