Ahad, 6 November 2016

Dari Bersih 4 ke Bersih 5

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Kisah Bersih 4 yang lalu, aku dan kawan-kawan ambil ruang dan masa rebahkan badan serta lelapkan mata sebentar usai subuh di Masjid India sebelum siang. Tapi sebelum aku lelapkan mata aku merakam foto seorang sahabat akrabku yang awal sedikit hanyut daripadaku. Lalu aku muat naik di garis masa muka bukuku dengan kapsyen pejuang rakyat.

Selepas itu aku tidak sedar aku juga terlelap ditiup angin subuh kota raya Kuala Lumpur yang bakal kuning bila menjelang siang. Bila fajar mula menerjah pagi, aku tersentak dari lenaku. Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari sahabat akrab yang aku telah rakam dan muat naik fotonya tadi. Dia tiada pada penglihatanku. Aku tersenyum dan beberapa kali gelengkan kepala. Ada rasa lucu dan berdebar. Benakku berputar mengandaikan teman karibku tadi pasti sudah melihat fotonya di muka buku. Dan aku yakin bertambah pasti dia akan lakukan perkara yang sama ketika aku asyik melayan lantai sejuk Masjid India.
Penuh debar aku meluncur jari diskrin telefon pintarku untuk membuka kuncinya. Menggigil jariku menuju ke ikon muka buka telefon pintarku. Bila ditekan lalu terus menjelma sosok tubuh kaku seperti mayat sedang terbujur lena. Aku terus tersenyum dan ketawa.
Sampai suatu masa bila kawan aku muncul, kami ketawa tanpa berkata sepatah kata pun. Hanya kami yang tahu. Aku rindu momen itu, melihat rakyat Malaysia bergelimpangan melurus badan merehatkan otak. Simpan tenaga untuk beraksi esoknya menunjuk kuasa marhaen kepada kerajaan gila.
Moga bertemu kembali di Bersih 5, Dataran Merdeka kita berjumpa. Lautan kuning menyala melambai ombak menghempas benteng kleptokrasi negara. Bersih 5 menuntut 5 perkara, moga bertemu nanti komrad semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA