Ahad, 13 November 2016

Dapsy mahu setiakawan, tumpu tawaran terbaik untuk belia

Pemimpin dan peserta konvensyen berdiri tegak nyanyikan lagu Negaraku.Pemimpin dan peserta konvensyen berdiri tegak nyanyikan lagu Negaraku.
Pengerusi Dapsy, Wong Kah Woh yang muncul sebagai pemidato keempat Konvensyen Pakatan Harapan sekaligus pertama mewakili DAP dengan menyampaikan mesej pentingnya Pakatan Harapan iaitu setiakawan.
"Kita berjaya mengharung kesukaran dan kita bersetiakawan dalam Pakatan Harapan.
Sejauhmana kita bersedia untuk menjadi kerajaan pada PRU14?
Apa yang patut kita buat kita harus selesaikan masalah dengan cara matang. Selepas Konvensyen ini, kita Amanah, DAP dan PKR betul-betul bekerjasama.
Wong Kah WohWong Kah Woh"Cabaran ini sangat besar mungkin ada kalangan parti di luar Pakatan Harapan yang berdiam diri semasa pengundian Bajet 2017. Abaikan saja mereka ini," tegasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin yang memakai T-shirt berlambangkan Amanah dan DAP.
Kita hanya bersama dengan parti yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan BN.
Beliau turut menggesa Pakatan Harapan peka dengan keperluan dan tekanan hidup golongan muda.
"Kita sudah nampak pada hari ini graduan Oxford Umno sudah menunjukkan belang (Khairy) dengan membiarkan Geng Baju Merah dan menggesa jalan ke Dataran Merdeka ditutup," ujarnya.
Bagi beliau, Pemuda Umno sudah hilang fokus sekarang kepada masalah sebenar yang dihadapi oleh remaja dan orang muda.
"Jangan katakan nak beli rumah. Bayar hutang PTPTN pun tidak mampu. Itulah anak muda suarakan. Itulah yang perlu kita sahut," katanya.
Sehubungan itu, beliau percaya anak muda akan bersama Pakatan Harapan kalau PH mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka.
"Kita anak muda telah mencadangkan tema Harapan Pemuda dalam manifesto Pemuda Pakatan Harapan," katanya.

Semua tahu dan satu dunia pun tahu ketua BN sekarang, Datuk Seri Najib Razak adalah korup "tetapi sebagai kerajaan menanti apa tawaran penyelesaian kita kepada rakyat."
"Kita hendaklah menumpukan 70 peratus untuk mengetengahkan kejayaan kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor.
"Apa yang mampu Pakatan Harapan bawa sekiranya kita menjadi kerajaan," katanya.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada penyokong akar umbi Pakatan Harapan dalam mendepani cabaran politik mutakhir ini.
"Tiada lagi pertengkaran tidak perlu. Marilah kita terus maju dan selamatkan Malaysia untuk rakyat Malaysia," tegasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA