Ahad, 6 November 2016

DAP tuduh Annuar Musa ‘meroyan’

Sheikh Omar berkata ketua penerangan Umno itu sedang ‘meroyan’ kerana panik dengan survival parti itu yang gagal meletakkan kepentingan rakyat di depan.
sheikh-musa
PETALING JAYA: DAP membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan parti itu menyusup masuk wakilnya ke dalam parti pembangkang lain untuk memecahbelahkan orang Melayu.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata Annuar yang juga ketua penerangan Umno sedang “meroyan” kerana panik dengan survival parti itu yang gagal meletakkan kepentingan rakyat di depan.
“Mungkin Annuar Musa panik dan ‘meroyan’, tak tahu bagaimana nak berdepan dengan rakyat apabila pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) sendiri menjalinkan hubungan intim dengan negara berideologi komunis.
“Lalu, macam-macamlah dakwaan ‘gila’ yang tidak berasas dan tak masuk akal direkayasa ketua penerangan Umni ini untuk melemahkan DAP dan parti-parti pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Awal hari ini, Annuar mengeluarkan kenyataan DAP sedang berusaha memecahbelahkan orang Melayu dengan menghantar menghantar wakilnya “menyusup” ke dalam parti pembangkang lain.
Beliau menegaskan strategi berkenaan adalah usaha DAP untuk memerintah negara secara senyap sekali gus menjadikan pemimpin Melayu sebagai boneka.
“DAP akan cuba letak calon Melayu (dalam PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM) sebagai satu strategi untuk mereka mempunyai jumlah kerusi lebih besar berbanding rakan lain,” katanya.
Menurut Sheikh Omar, dakwaan itu akan menjadi sebahagian penting daripada keseluruhan “story board” untuk kempen dan serangan Umno ke atas DAP selepas ini.

“Selepas Bajet yang tidak pro rakyat dibentangkan di Parlimen dengan segala pemotongan terhadap peruntukan melibatkan kepentingan awam seperti kesihatan dan pendidikan, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ‘bersenggama’ pula dengan China,” katanya merujuk kepada 14 perjanjian yang ditandatangani Najib dengan China baru-baru ini.
Perjanjian itu disifatkan banyak pihak sebagai “menjual” negara kepada pemerintah berideologi komunis itu.
“Dulu Umno tak sudah-sudah momokkan DAP sebagai komunis. Sekarang Najib sendiri pergi ‘deal’ dan tandatangan perjanjian melibatkan sektor dan kepentingan awam negara dengan China.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA