Selasa, 1 November 2016

DAP desak hentikan cabutan khas loteri

Ahli Parlimen Kluang berkata penutupan itu perlu dikuatkuasakan kerana masyarakat berpendapatan rendah cenderung terlibat dalam aktiviti perjudian berkenaan.
PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menutup cabutan khas loteri yang membebankan masyarakat.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata beliau bersama Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sejak 2008 berulang kali mendesak penutupan itu kerana masyarakat berpendapatan rendah cenderung terlibat dalam aktiviti perjudian berkenaan.
Beliau turut mendakwa tidak ada keperluan pun untuk cabutan khas yang dikendalikan syarikat loteri seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai diadakan kerana ia menelan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah.
“Sejak 1999, Kementerian Kewangan membenarkan cabutan khas diadakan pada Selasa tertentu. Keuntungan yang diperoleh dianggap sebagai hasil kerajaan.
“Tetapi dalam keadaan sekarang yang memerlukan permintaan domestik lebih tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi, kementerian perlu pertimbangkan untuk hentikan cabutan khas itu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Liew berkata 3 syarikat yang disebut di atas mengadakan sekurang-kurangnya 22 kali cabutan khas sejak 2016.
Beliau turut mendesak Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk menghentikan amalan itu bermula tahun depan untuk melindungi kebajikan golongan berpendapatan rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA