Khamis, 24 November 2016

DAP beli tilam, bantal 'BERSIH' untuk Maria

Bekas anggota exco Selangor, Ronnie Liu membeli tilam, bantal, selimut, tuala dan beberapa barangan asas lain khusus buat Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah yang kini ditahan pihak berkuasa.
"Semua berwarna kuning, warna BERSIH," kata beliau kepada Malaysiakini, hari ini.
Liu menjelaskan, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa Maria boleh meminta tilam dan barangan lain, beliau akan menyerahkannya kepada Maria.
"Keadaan di sana (pusat tahanan polis), Jinjang dan tempat-tempat lain, adalah tidak memuaskan," ujar Liu sambil menjelaskan sebab-musabab barangan dan kemudahan asas disediakan kepada Maria dan tahanan lain.
"Barangan asas sahaja, atau nanti orang tuduh beliau hidup seperti dalam bilik hotel," tambah Liu.
Semalam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menegur rungutan Maria berkaitan layanan ke atasnya dalam tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kata Ibrahim yang pernah ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini, Maria harus menerima segala cabaran perjuangan.
"Maria Chin dan geng-geng dia ini baru kena tahan 10 hari kecoh di Dataran Merdeka sampai Tun (Dr Mahathir Mohamad) pun turun pergi, pasang lilin semua, apa ini? soal Ibrahim.
"Dah tahu dah (keadaan dalam tahanan), lepas itu nak mengadu, nak tilam, tandas duduk, nak telur ayam kampung dua biji setiap pagi.

“Saya tak mengadu, nak jadi perjuang berani tanggunglah," kata Ibrahim lagi.
Mengulas lanjut, Liu berkata, beliau akan membawa semua barangan tersebut ke Kem Batu, lokasi yang dipercayai menempatkan Maria pada masa ini, bersama-sama pimpinan BERSIH dan keluarga Maria.
Jelas Liu, beliau akan menyerahkan kepada BERSIH dan keluarga Maria untuk memutuskan tarikh penghantaran tersebut.
"Saya harap IGP akan benarkan, seperti yang beliau katakan sebelum ini," katanya.

1 ulasan:

  1. Tok heng jgn cakap besar sgt. Cerita hang dlm tahanan ada bersama DSAI. Cuma dia tak mau dedah aib hang

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA