Ahad, 27 November 2016

CUKUPKAH SEKADAR BERDEMO SAJA? KENAPA PULA CEPAT2 DIUMUMKAN HADI AWANG AKAN TURUT BERSAMA?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Disember ini bagi menzahirkan keprihatinan berhubung isu Rohingya.

Tarikh dan masa perhimpunan itu dilaporkan akan diumumkan kemudian.

Katanya, perhimpunan itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak serta beberapa pemimpin lain yang antaranya ialah Presiden Pas, Hadi Awang.

Sehubungan itu, Zahid turut menggesa pemimpin daripada parti-parti politik lain untuk turut sama menyertai perhimpunan tersebut.

Masalahnya, cukupkah sekadar berhimpun saja? 

Bukankah sebagai sebuah kerajaan yang sedang berkuasa, ada wang dan banyak kemudahan, Najib seharusnya sudah melakukan tindakan-tindakan tertentu untuk membantu umat Islam Rohingya yang sedang dizalimi itu?

Apa bantuan untuk mereka dan kepada pelarian yang sudah dihulurkan oleh kerajaan setakat ini?

Sudahkah nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Myanmar atau adakah Dutanya telah dipanggil oleh Wisma Putra untuk Malaysia menyuarakan bantahan secara rasmi?

Kenapa Malaysia tidak mengambil langkah proaktif lain seperti menyekat kemasukan pekerja asing Myanmar yang sudah berlambak-lambak di negara kita?

Mengapa akhirnya berdemo juga yang jadi pilihan? 

Tidakkah baru-baru ini pelbagai NGO sudah pun mengadakan demo yang sama di depan Kedutaan Myanmar?

Selepas berdemo nanti, apa tindakan seterusnya sedangkan permintaan banyak pihak agar membatalkan perlawanan bola pun tidak diendahkan oleh kabinet?

Kemudian kenapa cepat-cepat diumumkan gandingan Najib dan Hadi Awang telah bersetuju menyertai perhimpunan itu?

Tidakkah ia menampakkan perhimpunan besar-besaran 4 Disember itu lebih bernawaitu politik untuk meneruskan agenda membuai hati rakyat selepas Akta 355, berbanding keikhlasan sebenar untuk membantu umat Islam Rohingya itu?

4 ulasan:

  1. Perhimpunan Bersih5 dikatakan sia sia kerana tiada apa apa yang berlaku. Najib masih PM kata nazri aziz.
    Jadi perhimpunan 4 Disember pun buat apa jika kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk membantu rohingya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhimpunan dan bantahan jalanan tiada erti....buang masa penat panas...menyesakkan jalanraya menganggu lalulintas....lagipon berdemotrasi BUKANNYA BUDAYA RAKYAT MALAYSIA....malu laa jika PM dan pemimpin pemimpin keleptrikasi nak ikut berdemo.... menyusahkan rakyat....jabatan kerajaan di haramkan ikut serta.

      Padam
    2. Saya setuju demo bkn budaya kita. Lagi pun ASEAN dah berjanji tidak akn masuk campur hal ehwal politik negara lain. Jadi buat apa berdemo? Sebelum ni kakitangan kerajaan dilarang sertai demo.
      Demo akn buang masa kerja kakitangan kerajaan dan urusan rakyat pun terganggu.
      Lebih baik isu rohingya diselesai antara kerajaan atau antara ASEAN.

      Padam
  2. Perhimpunan diadakan semata2 utk dijadikan modal politik oleh umno dan pas. Harap PH tak turut serta. Klu nak ikut serta sbg mewakili individu sendiri terpulanglah

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA