Isnin, 14 November 2016

CUBAAN MEMBUNUH MUHYIDDIN DAN HUSNI DENGAN CHARACTER ASSISSINATION


PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES SHOULDN’T THROW STONES
Dua orang bekas menteri yang dianggap paling mengancam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib ialah Mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir  dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Husni Hanadzlah yang meletak jawatan tetapi menjadi duri dalam daging.
Mereka kedua menyimpan rahsia-rahsia besar yang boleh menambah kecemaran pada Najib dari masa kemasa.
Maka itu dengan apa cara sekalipun kredebiliti dan potensi mereka  mesti di musnahkan menerusi undang-undang  atau penghinaan secara character assassisnation (pembunuhan peribadi). Paling berkesan ialah pendedahan scandal sex yang telah pun cuba dilakukan terhadap kedua mereka.
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah melakukan ini terhadap bukan sahaja pembangkang tetapi juga ahli partinya dan menteri-menterinya untuk memberikan sebuah kerajaan yang bersih kepada rakyat sebelum pun keburukan mereka terdedah.
Kerana malu seorang menteri telah membunuh diri kerana rasuah sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, seorang menteri telah dipindahkan menjadi duta dan seorang lagi yang berkahwin  dua tanpa memberitahunya dilucutkan jawatan menteri dan dihantar menjadi duta di Indonesia.
Seorang wartawan Utusan Melayu yang berasal dari Singapura  yang dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Singapura selepas kemenangan PAP  dalam  pilihanraya Singapore 1963, telah dipecat apabila diketahui  pergi ke rumah urut bersama kawan-kawannya di Utusan semasa kunjungan singkatnya ke Kuala Lumpur.
Othman Wok Menteri Sosial  Singapura yang sebelumnya adalah Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang menyembunyikan perkahwinan keduanya telah dipanggil mengadap Lee Kuan Yew.
Dalam bukunya “Never in My Wildest Dream“, Othman menceritakan secara terbuka bila perkahwinannya  diketahui, Menteri kanan PAP  Rajaratnam memintanya supaya menemui Lee Kuan Yew.
Othman menyatakan pada Lee Kuan Yew ” I understand you have been informed”
How Old is she” tanya Lee Kuan Yew.
She ‘s 29 years old,”jawab Othman
Othman kemudiannya bertanya  “If I should still go to Indonesia.”
Lee Kuan Yew memberitahu Othman” Go a head,but if you can’t solve your problems,pack up (muka 217- 218). LKY sebenarnya terhutang budi besar kepada Othman yang membawa  sokongan Melayu kepadanya tetapi beliau lebih mementingkan sebuah kerajaan yang bermaruah, bersih dan jujur dan beliau sendiri adalah bersih dari sebarang scandal.
Tidak ada cerita tentangnya bersekedudukan atau berkhalwat dan diselamatkan.
Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman tidak menyembunyikan kenakalannya malah beliau telah menceritakan kepada kami wartawan-wartawan Utusan segalanya pada malam pelancaran bukunya” Looking Back” di kediamannya di Bukit Tunku.
Seperti Tunku, Tun Dr. Ismail  Menteri Dalam Negeri juga terus terang mendedahkan  dalam bukunya The Reluctant Politician tentang  beliau pernah mempunyai hubungan sex dengan tiga gadis  termasuk seorang gadis Jerman semasa menuntut di Melbourne Universiti Australia dan katanya  “It was because of these happy episode in my youth when love was fullfilled for it own sake that my marriage owes its success( muka 31-32).
Di Malaysia sejak merdeka, kabinet dan juga anggota Parlimen tidak pernah sunyi dari scandal sex samaada yang terdedah atau tersembunyi. Pemimpin-pemimpin menerimanya sebagai suatu keharusan malah cuba menyembunyikannya kerana menyedari kelemahan diri masing-masing.
Jika tindakan berlaku maka ia  lebih didorongkan oleh sebab-sebab  politik atau kerana tidak lagi dapat disembunyikan umpamanya kes rogol.
Maka itu adalah lebih baik bagi pemerintahan Datuk Seri Najib sendiri tidak menggunakan character assissinantion untuk membunuh lawan politik dan senantiasa mengingatkan pepatah Inggeris..” People who live in glass houses shouldn’t  throw stones” -Mereka yang tinggal dalam rumah kaca,jangan membaling  batu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA