Sabtu, 5 November 2016

Cabaran dihadapi Rosmah lebih besar kerana media sosial ampu Rizal

Rizal berkata, masyarakat tidak harus percaya pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Rosmah kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
rizal-rosmah
KUALA LUMPUR: Cabaran yang dihadapi isteri perdana menteri kini lebih besar kerana terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan putar belit, lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial.
“Ramai yang tidak tahu isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.
Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Beliau berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia, malam tadi.
Rizal berkata, Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi Rosmah, ditubuhkan kerana isteri perdana menteri itu mahu memberi sumbangan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian.
Permata, kata Rizal, bukan satu pembaziran, tetapi pelaburan untuk pendidikan kanak-kanak dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang, namun dalam tahun-tahun mendatang.
Beliau berkata, sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA