Isnin, 7 November 2016

Bukti sikap sebenar Husam - Pemuda PAS

KOTA BHARU – Tindakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang menyifatkan Pakatan Harapan tidak perlu bimbang jika Pas tidak mahu menyertai blok pembangkang, membuktikan sikap sebenar bekas pemimpin Pas itu.
Ketua Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan itu didakwa memperlihatkan sikap pemimpin itu yang mahu melunaskan dendam pada Pas, khususnya di Kelantan.
Husam Musa “Kita tahu rakyat lebih cerdik untuk menilai individu seperti itu. Bagaimanapun, secara peribadi saya sangsi adakah benar pendirian Amanah memandangkan kenyataan tersebut hanyalah dikeluarkan oleh seorang ahli biasa parti yang baru sahaja menyertai parti tersebut. Ia tidak dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi parti itu sama ada di peringkat nasional mahupun Kelantan,” katanya semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Husam berkenaan tindakan was-was Pas untuk menyertai blok pembangkang bagi merealisasikan matlamat pembangkang menjatuhkan BN, PRU14 nanti.
Ahmad Fadhli berkata, walau apa pun, Pemuda Pas tetap bertegas, jika Amanah bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini sehingga menghasilkan pertembungan tiga penjuru, maka tidak ada pilihan bagi Pas kecuali turut bertanding di seluruh negara khususnya kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh parti pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA