Selasa, 29 November 2016

Buat kali kedua, Rafizi isytihar harta esok

Pemimpin PKR itu berkata rakyat mahu pengisytiharan harta yang terperinci daripada wakil rakyat mereka.
rafizi_rumah1
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bersedia mengisytiharkan harta esok termasuk senarai harta isteri dan anaknya.
Katanya, keputusan itu sejajar dengan kajian dibuat olehnya baru-baru ini di mana 698 daripada 727 orang mahu ahli politik dan keluarga serta penjawat awam mengisytiharkan kekayaan mereka.
“Saya dapat rasa tekanan datang daripada pengundi. Adalah jelas ini adalah yang pengundi mahu. Sesiapa yang isytihar harta dia akan dapat markah tambahan terus daripada pengundi.
“Jadi sesiapa yang nak menang awal atau jaminan, isytihar harta. Itu akan menghasilkan momentum kepada orang lain. Seberapa ramai ahli politik dan penjawat awam isytihar harta itu adalah baik,” kata ahli Parlimen Pandan itu selepas program Invoke Malaysia hari ini.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Mac tahun lalu, Rafizi membuat pengisytiharan aset bersih sebanyak RM1.56 juta dengan hutang RM395,937.
Rafizi berkata akan menulis surat secara rasmi kepada ahli Parlimen dan kira-kira 50 orang pegawai kanan kerajaan minggu depan supaya mengisytiharkan harta mereka.
“Saya minta maaf kepada kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Seperti kata Fuziah, kita perlu terus tambah baik (sistem).
“Memang berlaku pengisytiharan harta tetapi secara faktanya 70% orang tak tahu ianya berlaku. Sama ada mereka tak tahu atau bagi mereka ianya tidak mencukupi.
“Sebab apa yang mereka mahu adalah pengisytiharan harta yang terperinci iaitu aset, hutang, perbelanjaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA