Rabu, 2 November 2016

Boleh bincang, jangan kacau rumah kami sudah, kata Hadi


Hadi ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini berkata, boleh bincang kerjasama tetapi jangan kacau dalam rumah Pas.Hadi ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini berkata, boleh bincang kerjasama tetapi jangan kacau dalam rumah Pas.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan syarat agar DAP dan lain-lain parti pembangkang jangan campur urusan dalaman Pas jika hubungan dengan parti itu mahu dipulihkan.
"Jangan kacau dalam rumah kami sudah," kata Hadi ketika menjawab persoalan tentang kerjasama antara kedua-duanya bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketika keluar dari Parlimen, Hadi ditanya apakah parti itu boleh bekerjasama dengan pembangkang khasnya DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia bertujuan untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku antara pembangkang dengan BN.
Menurut Hadi, Pas sudah lama membuka pintu perundingan itu dan ianya tidak ditutup.
"Cuma bila masuk tu, jangan kacau hal dalam rumah," kata Hadi tetapi tidak menjawab apakah ia bermaksud Pas boleh bekerjasama semula dengan DAP.
Hubungan Pas dengan parti lain khasnya dalam Pakatan Rakyat pecah apabila parti itu memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi.
Sesetengah pihak dalam kepimpinan Pas tidak bersetuju dengan cara Abdul Hadi mengendalikan hubungannya dengan rakan-rakan mereka menyebabkan berlaku perpecahan dalam Pas.
Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Amanah.

Kita tinggalkan Pas dahulu sehingga dia buat keputusan, kata Saifudin Nasution.Kita tinggalkan Pas dahulu sehingga dia buat keputusan, kata Saifudin Nasution.Baru-baru ini, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail (gambar) mencadangkan agar Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP dan Amanah membuat gabungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia - PPBM atau lebih dikenali Bersatu dan Parti Warisan di Sabah dahulu.
Ini kerana, hanya lima parti ini sahaja yang sudah bersetuju untuk bekerjasama manakala Pas pula masih was-was.
"Kita petik buah yang dah gugur dulu, mana-mana yang belum gugur kita cuba joloklah," kata Saifudin yang membayangkan PKR, DAP dan Amanah sudah boleh bergabung dengan Bersatu dan Warisan kerana masing-masing sudah bersetuju.
"Untuk Pas yang belum membuat keputusan, kita biarkanlah sehingga dia buat keputusan. Yang dah setuju, kita jalan dulu," kata beliau kepada akhbar mingguan Amanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA