Rabu, 2 November 2016

BIOGRAFI PAK LAH: MAHATHIR TAKUT NASIB BERAKHIR MACAM SHAH IRAN, MARCOS


Tun Dr Mahathir Mohamad takut dipenjara oleh penggantinya, dakwa Datuk Annuar Zaini, bekas penasihat khas perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Annuar, yang juga pembantu kepada Tun Musa Hitam ketika menjadi timbalan perdana menteri, berkata Musa menceritakan padanya perbualan dengan Mahathir berkaitan perkara itu.
“Sekarang Musa beritahu saya – dan itu ketika beliau dan Mahathir masih baik – beliau berkata Mahathir sangat bimbang dan gemuruh bila lihat apa yang berlaku pada Shah Iran dan (Ferdinand) Marcos.
“Mahathir beritahu, ‘Musa, jika kita tidak berhati-hati, suatu hari siapa yang ambil alih, dia mungkin heret kita ke mahkamah dan sumbat dalam penjara’,” Annuar dipetik sebagai berkata dalam biografi terbaru Abdullah.
Anuar berkata demikian ketika menjelaskan bagaimana siasatan suruhanjaya diraja (RCI) terhadap “Pita Linggam” antara faktor yang “mematerai nasib Pak Lah”, beliau dipetik dalam biografi tulisan wartawan Wong Sulong.
Annuar, yang juga pengerusi agensi berita negara Bernama ketika era Abdullah, berkata Mahathir terganggu apabila beliau terpaksa memberi keterangan pada RCI berkaitan Pita Lingam.
Lebih-lebih lagi apabila Abdullah hadir ke makan malam Majlis Peguam.
Kemudian tambah Annuar lagi, membuatkan Mahathir memutuskan Abdullah mesti berundur.
RCI itu ditubuhkan pada 2007 susulan kebocoran video lapan minit yang menunjukkan dakwaan peguam kanan Datuk VK Lingam menetapkan pelantikan hakim.
Beliau dirakam membincangkan perkara itu dengan taikun Tan Sri Vincent Tan dan seorang lagi ahli politik parti pemerintah, yang dianggap orang tengah untuk Mahathir.
RCI memutuskan bahawa klip video itu sahih dan Lingam memang berbual berhubung pelantikan hakim dengan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang kemudian dilantik sebagai ketua hakim.
Ia mencadangkan tindakan terhadap enam individu, termasuk Lingam dan Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA