Ahad, 13 November 2016

Bertanding bukan untuk "syok" sahaja


Pimpinan utama Pakatan Harapan dan Bersatu di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniPimpinan utama Pakatan Harapan dan Bersatu di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini
Lim Guan Eng Lim Guan Eng Setiausaha agung DAP kebangsaan Lim Guan Eng mengingatkan anggota Pakatan Harapan bawa parti pembangkang bukan bertanding untuk "syok" sahaja.
Namun tegasnya Pakatan Harapan bertanding untuk menggantikan BN.
"Kita bukan sekadar bertanding pilihan raya tetapi mahu menggantikan BN.
"Bertanding bukan syok-syok saja. Kalau kita nak bersama dengan parti itu tak payahlah. Hasrat kita untuk tolak BN dan gantikan BN," tegasnya di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, Pakatan Harapan mesti menggantikan BN yang telah terbukti gagal menguruskan ekonomi negara.
"BN gagal dalam mengurus ekonomi negara. Ini isu utama yang Pakatan Harapan perlu tekankan," katanya.
Justeru katanya Pakatan Harapan harus menyentuh hati rakyat dengan isu ekonomi termasuk penyokong Umno BN yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
"Jika kita dapat menyentuh hati rakyat tentang isu ekonomi dan Pakatan Harapan dapat yakinkan kita ada cara, saya yakin BN akan tumbang, Pakatan Harapan akan jadi kerajaan baru akan datang.
"Kita pergi kepada perkara pokok tentang isu ekonomi. Sekarang kubu kuat BN juga marah dengan kualiti hidup sekarang ini. Ekonomi, ekonomi, ekonomi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA