Ahad, 20 November 2016

BERSIH5 gagal tarik sokongan Melayu, kata Awang Selamat

Perhimpunan BERSIH5 gagal memberi impak dan majoriti pesertanya masih terdiri daripada kaum Cina yang menyokong DAP, dakwa kolumnis akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Menerusi ruangan pojok dalam akhbar berkenaan, Awang Selamat berkata kehadiran pengasas parti BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu.
"Tanpa pembabitan PAS, sekali lagi perhimpunan BERSIH hambar. Makin terserlah bahawa pengaruh PAS di akar umbi jauh lebih besar mengatasi gabungan PKR, PAN dan Parti Pribumi.
"Latar belakang menjelang perhimpunan itu juga tidak memihak kepada penganjuran Bersih. Banyak pihak daripada raja Melayu, para mufti, badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan persatuan peniaga menyatakan bantahan," ujarnya.
Awang Selamat berkata, meskipun majoriti Cina menguasai BERSIH, jumlahnya berkurangan berbanding himpunan BERSIH4, antara lain disebabkan penonjolan Mahathir yang tidak disenangi penyokong tegar DAP.
Faktor lain, katanya adalah isu integriti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi dakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah.
"Anehnya tanpa rasa malu beiau hadir semalam memberikan mesej yang songsang. Secara umum, rata-rata rakyat tidak mahu kerajaan digulingkan di luar proses demokrasi, tunggu sahaja pilihan raya umum," kata Awang selamat.
"Yang lebih utama adalah majoriti rakyat enggan masuk perangkap Bersih yang mendapat dana asing termasuk daripada hartawan dan penyangak matawang, George Soros yang terkenal dengan muslihat campur tangannya," jelasnya.

4 ulasan:

  1. Apa ko merepek, meraban Awang Selamat....
    Baru bangun tidur ka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih ramai rakyat akn keluar berhimpun aman jika tiada ugutan kpd kakitangan awam dan mshasiswa.

      Padam
  2. Tak perlu turun Bersih5..melayu dah standby nak undi sape mas PRU14...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 begitulah, insyaAllah!

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA