Selasa, 15 November 2016

Bersih Sabah buat laporan polis terhadap Pemuda Umno Labuan kerana memfitnah


Laporan polis dibuat di balai polis Karamunsing, Kota KinabaluLaporan polis dibuat di balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu
Jawatankuasa Pemandu Bersih Sabah semalam membuat laporan polis terhadap naib ketua pemuda Umno Labuan Morsidi Juanah kerana memfitnah mereka memporak perandakan keharmonian penduduk Wilayah Perskutuan Labuan.
Timbalan pengerusi 1 jawatankuasa itu, Mathew Yong berkata laporan polis itu dibuat kerana kenyataan media yang dilakukan Morsidi telah memburukkan nama baik mereka.
"Tuduhan Morsidi yang mewakili Pemuda UmnoLabuan adalah fitnah semata-mata bertujuan untuk menunjukan imej bahawa mereka adalah hero dan Bersih Sabah berniat jahat kepada penduduk Labuan," katanya.
Tegasnya, Bersih tidak menganggu sesiapa di Labuan dan kedatangan mereka adalah atas dasar permintaan daripada penyokong perjuangan Bersih di pulau tersebut.
"Anggota kami tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menerima risalah yang kami edarkan sepanjang tujuh minggu konvoi yang telah kami adakan seluruh Sabah.
"Gambaran yang diberikan bahawa kedatangan Bersih Sabah ke Labuan buat pertama kalinya, adalah untuk melakukan himpunan haram juga adalah tidak tepat. Kami hanya ingin mengedar risalah dan beberapa minit flashmob sebagai program konvoi kami sama seperti yang telah kami lakukan di semua daerah yang telah kami kunjungi seluruh Sabah.

Mathew berkata, sebaliknya Morsdi dan kumpulan baju merah mengherdik, mencaci, memaki dan mencabar anggota anggota Bersih untuk bergaduh.
"Mereka juga menggertak anggota kami yang berada didalam kereta ketika tersekat di simpang jalan keluar. Pintu kereta kami diketuk dan dibuka oleh mereka hanya kerana kami mengambil gambar mereka.
"Tidak cukup dengan itu, Morsidi dan tiga lagi lelaki berbaju merah turut mengelilingi pengerusi Penganjur Jawatankuasa Pemandu Bersih Sabah, pengerusi Penganjur Bersih 5 Kota Kinabalu (B5KK) yang juga merupakan naib pengerusi Bersih 2.0 (Sabah), Beverly Joeman di kaunter tiket feri dengan soalan-soalan yang berunsur provokasi. Telefon bimbit seorang anggota kami turut cuba dirampas kerana mengesyaki gambar mereka telah diambil," jelas Mathew.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA