Sabtu, 19 November 2016

Bersih 5: Wanita jangan tunggu dan lihat

Dr Siti Mariah Mahmud
Kurang beberapa jam sebelum perhimpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara, Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) mengajak seluruh wanita agar bersama-sama dalam perhimpunan yang dijanjikan aman itu.
Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud berkata, wanita harus mengambil bahagian dalam menyuarakan hak sebagai rakyat dan tidak boleh lagi bersikap tunggu dan lihat kerana segala kesan kepincangan pentadbiran negara turut dirasai golongan ini.
"50 peratus rakyat adalah wanita dan segala apa yang berlaku dalam negara hari kesannya turut dirasai golongan ini.
"Tidak ada sebab untuk wanita berpeluk tubuh dan hanya melihat kerosakan yang berlaku dalam negara. Lima tuntutan Bersih 5 adalah sangat logik dalam mereformasi negara ini," katanya.
Beliau juga berkata, keabsahan dan maruah sesebuah parti yang memerintah bergantung kepada pilihan raya yang bersih dan adil sehingga tiada pertikaian tentang keputusan.
"Prinsip satu pengundi satu undi perlu dihormati. Nilai undi setiap pengundi sepatutnya sama di mana beliau mengundi. Persempadan semula menggambarkan yang undi pengundi luar bandar lebih bernilai berbanidng pengundi bandar.
"Jadi kita perlu turun bersama untuk menyatakan bantahan kita kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan dengan penadbiran negara kini," tegasnya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
Mengulas mengenai penahahan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah semalam, Siti Mariah berkata ia seharusnya menjadi penguat semangat untuk kaum wanita menyertai perhimpunan ini kerana ia mengenai perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan perntadbiran yang bersih.

"Tindakan polis menahan Maria dan beberapa pemimpin yang lain adalah cubaan untuk menggagalkan perhimpunan hari ini dan melemahkan semangat rakyat. Namun kaum wanita jangan takut kerana perhimpunan aman terkandung dalam Perlembagaan Malaysia," katanya lagi.
Perhimpunan hari ini dijangka bermula pada jam 10 pagi bermula di Masjid Negara dan Dataran Maybank, Bangsar.
Tinjauan Malaysia Dateline malam tadi menadapati ibu negara sudah mula dipenuhi oleh peserta Bersih 5 yang datang dari luar Kuala Lumpur.
Tuntutan Bersih 5 adalah:
Pilihan raya bersih
Kerajaan bersih
Kukuhkan demokrasi berparlimen
Hak membantah
Memperkasa Sabah dan Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA