Isnin, 21 November 2016

Bersih 5: Walau sedih dihalang ke Dataran Merdeka, KLCC saksi sejarah


Hazmi (kiri ) bersama Nik Mazian dan penyokong Bersih 5.Hazmi (kiri ) bersama Nik Mazian dan penyokong Bersih 5.
 
Mungkin ramai anak-anak yang menyertai Bersih 5 kecewa kerana tidak dapat meneruskan agenda asal untuk menawan Dataran Merdeka.
"Namun kita tetap berjaya kerana telah menawan perkarangan KLCC di mana seluruh dunia melihat anak warga Malaysia berkumpul di tengah ibu kota.

"Saya juga sempat berjumpa anak muda dan mahasiswa yang baru pertama kali menyertai bersih," kata Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Mewakili Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah atas kehadiran dan komitmen anak muda di Himpunan Bersih 5.0 terutamanya anak muda Kelantan yang sanggup berkonvoi dari jauh semata-mata untuk menegakkan suara rakyat tertindas menerusi medium demokrasi Bersih 5.

"Kehadiran anak muda walau terpaksa mengeluarkan duit sendiri dan memandu jauh menunjukkan anak muda kini nekad untuk membuat perubahan.

"Meskipun kita semua tahu iklim politik Malaysia kini tidak menentu, namun kita masih punya harapan apabila anak muda bijak membuat pilihan untuk terus ‘istiqamah’ menjadi agen perubahan," katanya.



Bendera Kelantan yang berkibar megahdi Himpunan Bersih 5 katanya, menandakan anak watan Kelantan tetap bersama BERSIH walaupun terdapat segelintir pemimpin dan individu yang dulunya bersama BERSIH kini meninggalkannya, bahkan senada dengan UMNO dan Barisan Nasional mengejek dan memperlekeh usaha Bersih 5..

"Tanpa arahan mana-mana parti, anak muda yang tidak berparti tetap hadir kerana tahu akan kepentingan untuk bersama dengan arus mereka yang melawan Barisan Nasional dan sekutunya untuk memastikan rakyat dan negara diselamatkan dari kehancuran di bawah pentadbiran kerajaan korup Umno-BN dan ketuanya Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau turut memuji gelagat anak-anak muda di Australia menyambut bersama Bersih 5.

"Bendera Bersihbersama bendera Kelantan dan bendera Amanah berkibar di Australia menjadi satu tanda kebersamaan dan hadiah istimewa dari sahabat di sana," katanya.

Himpunan Bersih 5katanya berlaku secara aman tanpa huru-hara.

"Memang kita berpegang pada prinsip demonstrasi aman.

"Walaupun 12 laluan utama yang dirancang telah dihalang peserta baju merah dan polis untuk peserta Bersih 5.0 menuju ke Dataran Merdeka, namun anak muda tidak mengalah dan meneruskan perjalanan ke KLCC apabila mendapat maklumat Himpunan BERSIH 5.0 bertukar ke KLCC," katanya.
Beliau menyatakan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Kelantan yang turut hadir bersama Bersih 5. Ini menunjukkan sikap rasional dan kematangan dalam berpolitik
"Pesta demokrasi yang aman ini menunjukkan kita berjaya satukan tenaga untuk membina Malaysia Baru.
"Tahniah anak muda! Teruskan momentum perubahan, satukan tenaga menuju Malaysia baru," katanya.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA