Selasa, 15 November 2016

Bersih 5: Tindakan undang-undang menanti - Polis

“Tindakan tetap diambil sekiranya terdapat kesalahan undang-undang” demikian tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid ketika mengulas tentang himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, Sabtu ini.
NOOR RASHID Menurutnya, pihak polis sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi mengawal situasi dalam himpunan tersebut.
“Kita tidak mahu himpunan begini mengganggu ketenteraman dan urusan orang awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Noor Rashid berkata, beliau difahamkan himpunan tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman.
Katanya, Bersih mahu pun kumpulan baju merah tidak mendapat kebenaran untuk berhimpun kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
“Ya... siasatan akan dijalankan dan mereka yang didapati bersalah akan menerima tindakan undang-undang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA