Sabtu, 19 November 2016

Bersih 5: SUHAKAM pertahan hak rakyat berhimpun

Semua rakyat Malaysia termasuk penjawat awam, guru, pelajar institusi pengajian tinggi dan ahli akademik berhak menyertai sebarang perhimpunan aman tanpa senjata seperti yang termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail berkata, tindakan mengeluarkan pekeliling untuk menghalang rakyat berhimpun adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun hak untuk demontrasi balas perlu ditegakkan, polis juga pihak berkuasa perlu memastikan bahawa tindakan perserta demontrasi balas tidak bertukar menjadi intimidasi dan rusuhan.
“Justeru, polis wajib memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyuarakan dengan jelas pendirian dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media.
Razali berkata, SUHAKAM turut menyokong usaha polis menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan berdisplin yang menunjukkan ciri kematangan polis.
Katanya, SUHAKAM akan memantau perhimpunan yang dirancang itu dan bersedia menerima aduan orang ramai yang merasakan hak mereka dicabuli berdasarkan mandat diberikan Parlimen Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA