Sabtu, 5 November 2016

BERSIH 5 sudah berjaya sebelum tibanya 19 November, kata Ambiga

BERSIH 5 sudah berjaya dan perhimpunan akan tetap diadakan pada 19 November bagi meraikan kejayaan tersebut, kata bekas Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.
"BERISH 5 sudah berjaya kerana semua konvoi dan bandar-bandar telah dijelajahi.
"Kami sudah berjaya, jadi pada 19 November ini, kita akan raikan kejayaan itu," kata Ambiga kepada Malaysiakini semasa acara BERSIH di pasar pagi Klang, hari ini.
BERSIH melancarkan konvoi di seluruh negara selama tujuh minggu mulai awal Oktober yang lalu untuk meningkatkan kesedaran mengenai agenda utama berhimpun pada 19 November ini di Kuala Lumpur.
Mereka menuntut pembaharuan pilihan raya dan demokrasi termasuk peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal 1MDB yang mencetuskan siasatan di banyak negara.
Bagaimanapun, konvoi hujung minggu BERSIH diganggu oleh kumpulan baju merah yang dikepalai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membuat beberapa sekatan dan mengganggu konvoi dengan beberapa konfrontasi yang bertukar ganas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA