Ahad, 20 November 2016

Bersih 5: PKPIM kecam penahanan tiga aktivis mahasiswa


PKPIMPKPIMPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam penahanan tiga  aktivis mahasiswa dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung semalam.
Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan), Anis Syafiqah Md Yusof dan aktivis Kesatuan, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali ditahan sehari sebelum Berish 5 manakala Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM), Muhamad Luqman Nul Haqim ditahan awal pagi tadi.
Presidennya, Muhammad Khair Sujud berkata, penahanan ini tidak demokratik dan dilihat menzahirkan lagi sikap zalim kerajaan dalam usaha menutup ruang bagi mahasiswa menyuarakan kritikan melalui konteks demokrasi berperlembagaan.
"PKPIM juga melihat siri penangkapan sebegini adalah antara siri pendoktrinan 'culture of fear' dalam kalangan mahasiswa agar tidak lagi berpartisipasi dalam mengkritik sebarang dasar dan tindakan kerajaan yang terbukti makin korup dan rosak," katanya dalam satu kenyataan.
PKPIM juga tegasnya, mengecam serta menolak tindakan keras yang dilakukan pihak polis sepanjang proses penangkapan seperti tidak membenarkan peguam berhubung dengan mangsa dan melakukan tangkapan tidak mengikut standard prosedur yang telah ditetapkan.

"PKPIM bimbang tragedi penangkapan aktivis mahasiswa seperti ini sekiranya tidak diberi tekanan akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa dan wujud tangan ghaib dalam mengarahkan tindakan yang diambil pihak polis," katanya lagi.
Justeru katanya, PKPIM menggesa Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri agar dapat memberi penjelasan kepada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia selaras dengan peruntukan perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menjamin hak individu dalam menyuarakan pendapat dan hak bersuara.

1 ulasan:

  1. Semua ditangkap KECUALI 3 org PATUT ditangkap, iaitu najib, jho lo dan riza. Tambah satu lg , mak badak

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA