Jumaat, 18 November 2016

Bersih 5: Pemimpin DAP, aktivis pelajar ditahan dalam operasi anti-rusuhan

Ronnie Liu ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman oleh pasukan IPK Kuala Lumpur.
ronnie
PETALING JAYA: Selepas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh ditahan, giliran Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu pula ditahan polis.
Menerusi status Twitter yang dimuat naik Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ronnie ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman oleh pasukan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Ronnie ditahan di hadapan Bukit Aman oleh IPK KL kerana cubaan rusuhan pada esok. Saya bersama beliau sebentar tadi,” katanya di Twitter.
Bagaimanapun, cubaan FMT menghubungi Lim dan Ronnie gagal ekoran kedua-dua telefon bimbit pemimpin berkenaan tutup.
Sementara itu, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Amir Abd Hadi memaklumkan aktivis pelajar Muhammad Luqman Nul Hakim daripada Kesatuan Mahasiswa Malaysia dilaporkan ditahan di Genting Sempah.
Mahasiswa tahun 4 jurusan Sains Politik Islam di Universiti Malaya itu kini dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan kerana merusuh.
Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke turut ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, dipercayai berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lalu.
Polis turut menyoal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembabitan beliau dalam himpunan itu, yang diadakan Bersih 2.0 bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas yang tunjuk perasaan Bersih 5 dan himpunan balas gerakan Baju Merah dipimpin Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah haram, dan memberi amaran tindakan akan diambil.
Sementara itu, peguam Sivarasa Rasiah menyatakan walaupun ditahan himpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung esok akan tetap diteruskan.
Tunjuk perasaan solidariti untuk Bersih oleh rakyat Malaysia di luar negara di 57 bandar seluruh dunia juga turut diadakan. Ia diselaraskan jaringan antarabangsa Bersih 2.0, Global Bersih.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA