Sabtu, 19 November 2016

Bersih 5: KL tak tidur di sebalik kemeriahan peserta perhimpunan

Penyokong Bersih berkumpul di beberapa bahu jalan di pusat bandar sambil mengajak pemandu kenderaan membunyikan hon tanda solidariti.
bersih_today11KUALA LUMPUR: Keadaan di pusat bandar raya jauh daripada tegang, walaupun dengan operasi polis sejak petang semalam dengan 14 orang ditahan setakat ini, termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.
Beberapa jalan di pusat bandar tidak lengang walaupun lewat malam. Di sekitar Dataran Merdeka, peserta perhimpunan Bersih 5 sudah tiba, dan berkumpul di beberapa penjuru dalam suasana ceria sambil mengajak pemandu kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.

“Saya tiba dari Johor Bahru petang tadi. Saya mahu tidur di atas jalan malam ini dan bangun awal menyertai protes,” kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Andy kepada FMT.
Seorang lagi peserta, aktivis kurang upaya Isaiah Jacob, yang nekad tahan lapar bagi menyatakan sokongannya untuk Bersih 5, berkata beliau akan meneruskan tindakan itu yang masuk hari ke-7 hari ini.
isiah-bersih“Sudah 6 hari. Saya kini sudah biasa tidur atas jalan batu dan langsung tidak menyesal. Ini perjuangan yang saya yakini,” katanya, sambil menambah beliau diganggu penyokong Baju Merah 2 hari lalu.
Tidak ketinggalan juga beberapa peniaga mengambil peluang suasana sibuk malam tadi menjual minuman dan snek, di samping pelbagai barangan dengan lambang Bersih 5.
Salah seorang daripada mereka membuka “kedai” di atas pembahagi jalan dekat Masjid Jamek untuk menjual baju T kuning Bersih pada harga RM15.
Bersih-1Sejak malam tadi, pekerje Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat giat menyusun penghalang di beberapa batang jalan.
Semua jalan utama menuju ke Dataran Merdeka mula ditutup, bermula dari Jalan Parlimen.
dbkl-bersihBersih 5 merancang mengadakan perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka, selepas berkumpul di 2 titik pertemuan iaitu di Dataran Maybank di Bangsar dan Masjid Jamek.
Kumpulan Baju Merah pula berjanji akan menghalang Bersih.
Jamal sebelum ini berkata pihaknya akan melakukan apa sahaja mematahkan perhimpunan yang antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sejak petang semalam hingga awal pagi tadi, polis melakukan 14 tangkapan. Selain Maria dan Jamal, 12 yang lain termasuk pemimpin pembangkang dan aktivis mahasiswa. Mereka ialah Mandeep Singh, Anthony Loke, Ronnie Liu, Luqman Nul Hakim Zul Razali, S. Artuchelvan, Jimmy Wong, Lee Khai Ming, Anis Syafiqah, Ariffin Abu Bakar, Razali Zakaria, Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA