Ahad, 20 November 2016

Bersih 5: “Kita bukan Jamal, pencuri atau pembunuh” – MB Selangor

Rakyat yang menyertai Perhimpunan Aman BERSIH 5 hari ini hanya menuntut supaya Malaysia diuruskan dengan baik tanpa penyelewengan berleluasa.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, justeru tindakan polis menahan beberapa individu berkenaan perhimpunan itu tidak sepatutnya berlaku.
“Kita bukan Jamal, kita bukan pencuri, kita bukan pembunuh tetapi hanya rakyat yang mahukan keadilan,” katanya ketika berucap di dihadapan kira-kira 40,000 peserta BERSIH 5 di KLCC, di sini.
Katanya, tindakan rakyat turun berhimpun hari ini bukan satu kesalahan tetapi demi menyelamatkan negara.
“Rakyat harus bersedia menumbangkan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya.

1 ulasan:

  1. Saya setuju kata2 azmin itu.
    Nazri aziz pun sokong diadakan bersih 6 utk mempromosi pelancongan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA