Sabtu, 19 November 2016

Bersih 5: 'Kami sokong jika itu pilihan terbaik baginya' - Ibubapa Anis Syafiqah

Anis Syafiqah Md Yusof
Wajah mereka tenang ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah menjelang tengah malam tadi.
Md Yusof Samdin dan isterinya, Maznah Sulong masing-masing berusia 49 tahun serta seorang anak gadis mereka berada di situ bersama kira-kira 20 aktivis lain.
Ibu bapa aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah itu mulanya dalam perjalanan dari Sungai Besar, Selangor menuju ke rumah ahli keluarga di Sentul di ibu negara.
Namun, hasrat tersebut kemudiannya terbantut apabila terus bergerak ke IPK berkenaan selepas dimaklumkan anak sulung mereka ditahan di situ.
"Kami ke mari hanya mahu memastikan di mana anak kami dibawa dan mengetahui keadaannya selepas ditangkap ketika Anis berada di Petaling Jaya.
"Dapat saja panggilan terus ke mari. Harapnya esok (hari ini) reman, Anis dan rakan-rakan seperjuangannya segera dibebaskan," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline jam 11.30 malam tadi.
Antara permata dan kaca
Ditanya tentang penglibatan Anis dalam aktivisme kampus, kedua-dua ibu bapa yang tenang ini yakin dengan kebijaksanaan anak mereka dalam memilih antara permata dengan kaca.
"Dia masuk universiti dan ada pertimbangannya sendiri. Bagi saya jika itu pilihan terbaik baginya, pasti saya memberi sokongan.
"Tidak melarang dan menghalang. Saya serahkan pada kebijaksanaannya. Anis sudah boleh berfikir mana yang baik atau buruk. Saya percaya bila dia masuk universiti banyak perkara yang dipelajarinya dan tidak mahu terhenti begitu sahaja," ujar Yusof.
Sementara itu, Maznah selama ini sentiasa mengingatkan anaknya yang menuntut di Fakulti Bahasa dan Linguistik dalam jurusan bahasa Arab itu supaya tidak pernah melupakan Allah dalam meniti cabaran kehidupan.
"Anis menterjemah semula ilmu yang ditimba dalam tindakan. Dia tidak berdiam diri. Kami memberi sokongan penuh terhadap anak sulung kami dengan apa yang diyakininya.
"Setiap kali dia telefon saya, saya sentiasa ingatkan baca al-Quran, jangan tinggal selawat. Kalau kita tolong agama Allah, InsyaAllah, Allah pula tolong kita.

"Moga mudah-mudahan Anis sentiasa dalam perlindungan Allah," ujarnya sebelum mengakhiri perbualan dengan Malaysia Dateline.
Malam Bersih 5 yang dingin cuacanya ekoran musim hujan kebelakangan ini menyaksikan kerajaan Umno-BN hangat 'membersihkan' mana-mana pihak yang mengkritiknya.
Selain Anis, antara yang turut ditahan di IPK Kuala Lumpur adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan aktivis mahasiswa UM, Luqman Nul Haqim Zul Razali.
Difahamkan setakat tengah malam tadi, hanya Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan sekretariat gerakan menuntut pilihan raya adil itu, Mandeep Singh dibawa ke lokap polis di Jinjang.
Mereka merupakan 11 pemimpin Bersih, Ahli Parlimen, penyokong parti pembangkang dan aktivis yang ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam perhimpunan Bersih 5 berlangsung.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon di maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan/ terlilit hutang piutang -
    ekonomi menurun -atau asmara - majikan kejam- membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH SALEH CALL/SMS : +6285-247-111-647
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH SALEH...


    …=>MBAH SALEH<=…
    CALL/SMS : +6285-247-111-647

    Atau Kunjungi Link KLIK DISINI

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA