Sabtu, 19 November 2016

BERSIH 5: Himpunan berjaya, polis kawal hingga akhir

Himpunan BERSIH 5 yang berlangsung di ibu negara hari ini berjalan lancar dengan semua pihak memberi kerjasama tanpa berlaku insiden tidak diingini.
Sejak awal pagi hingga lewat petang, peserta himpunan mematuhi segala arahan diberi bagi memastikan ia berjalan aman seperti dirancang.

whatsapp-image-2016-11-19-at-6-14-02-pmWalaupun penganjuran himpunan itu cuba diganggu pihak tertentu khususnya Gerakan Baju Merah, namun usaha terbabit tidak berhasil ekoran kebijaksanaan pasukan polis mengawal keadaan.
Kepatuhan peserta tidak menceroboh kawasan larangan seperti Dataran Merdeka dan Dataran Bandaraya Kuala Lumpur, memudahkan tugas polis mengendalikan himpunan hingga ke akhir.
Ketiadaan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam himpunan kali ini tidak memudarkan semangat rakyat bagi meneruskannya, malahan penyertaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan kelainan bagi edisi kali ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu disertai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti lain.
Tidak ketinggalan, mantan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya juga Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar juga pimpinan dari DAP juga Amanah.
Himpunan kali ini bagi menuntut pilihan raya bersih, kerajaan bersih, memperkukuh demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasakan Sabah dan Sarawak.
Hampir 70,000 peserta menyertai BERSIH 5 dan ia disifatkan berjaya oleh penganjur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA