Selasa, 15 November 2016

Bersih 5: DAP setuju meriam air dan gas mata, tetapi pastikan sasaran betul

Polis perlu halang dan larang kumpulan yang membuat kacau bilau, bukan mereka yang berhimpun berdasarkan hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Tony Pua.
bahasa,-Baju-Merah,-Jamal-Md-Yunos,-Tony-Pua,-DAPKUALA LUMPUR: DAP setuju dengan keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada 19 November, ketika Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan ke-5 di sekitar Dataran Merdeka.
Bagaimanapun, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata ia perlu dihalakan kepada pihak membangkitkan huru hara dan bukannya kepada peserta Bersih 5 yang dilihat sebelum ini berhimpun secara aman.
“Gas pemedih mata dan meriam air perlu digunakan kepada pihak yang membangkitkan huru hara. Himpunan Bersih ini selamat dan aman. Tidak pernah berlaku sebarang perkara keganasan. Jadi, apa sebabnya KPN hendak ambil tindakan terhadap Bersih.
“Kerja KPN adalah untuk mengawal segala perhimpunan dan menjaga pihak yang berhimpun secara aman daripada dikacau oleh pihak yang menginginkan sebarang perkara tidak baik berlaku,” katanya kepada FMT hari ini.
Khalid hari ini tidak menolak kemungkinan polis meleraikan ketegangan pada perhimpunan pada 19 November ini.

Sebelum ini, pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos berkali-kali memberi amaran penyokongnya akan turun pada 19 November menghalang Bersih 5 “dengan apa cara sekalipun”.
Khalid berkata polis bersiap sedia menghadapi himpunan itu dan sebarang tindakan diambil akan dilakukan mengikut undang-undang, sambil menggesa pihak yang ditahan tidak marah.
Pua berkata polis perlu halang dan larang Baju Merah yang secara terang-terangan mengancam ketenteraman dan himpunan yang disokong oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA