Selasa, 22 November 2016

Bersih 5 bukti Amanah-PPBM wakili kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan


Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Bersih 5 yang berlansung pada Sabtu lalu membuktikan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  berjaya membawa penyokong di kalangan orang Melayu untuk turun bersama menjayakan himpunan aman itu.
"Bersih 5  baru sahaja selesai melihatkan puluhan ribu umat Melayu turun menjayakan perhimpunan aman itu dicampur jutaan umat Melayu lain yang menyokong dan bersimpati dengan Bersih 5.
"Syukur alhamdulillah mereka telah menyahut pelawaan terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah untuk menjayakan program tersebut.
"Tujuan saya menaikkan perkara ini bukan untuk mendabik dada.
"Tujuannya cuma hendak memberi kepastian kepada pengundi Melayu bahawa mereka tidak perlu takut pada Pakatan Harapan lagi," ujar Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Beliau dalam kenyataannya menyebut kedua-dua parti itu sudahpun mewakili orang Melayu Islam serta mempertahankan kepentingan bangsa Melayu serta umat Islam di Malaysia.
"Tuduhan kononnya Pakatan Harapan adalah alat DAP terbukti sudah kecundang dan mereka yang menuduh semakin terkapai kapai.
"Mari kita maju ke depan dan meninggalkan mereka yang masih terbelenggu dengan politik jumud dan kaku mereka," ujarnya.
Pada Sabtu rakyat pelbagai kaum hadir membanjiri KLCC untuk bersama dalam perhimpunan aman Bersih 5 yang dianggarkan kali ini jumlah penyertaan di kalangan orang Melayu meningkat berbanding Bersih 4 dan 3.
(dari kiri) Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk  turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu.(dari kiri) Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA