Isnin, 21 November 2016

Bersih 5: Annuar, Abdul Rahman disarankan 'tutup mulut'


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanTan Sri Annuar Musa dan Datuk Rahman Ibrahim disarankan agar 'tutup mulut'  mereka daripada memberikan komen mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai himpunan rakyat Bersih 5 pada Sabtu lalu.
Bekas ahli PPBM, Datuk Khairuddin Abu Hassan membidas sikap Annuar (Ketua Penerangan Umno) dan Abdul Rahman (Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia -Mubarak) kerana berpendapat  mereka tidak setanding dengan Dr Mahathir dari segi prinsip perjuangan kental demi kesejahteraan bangsa, agama dan negara.
"Annuar dan Abdul Rahman lebih baik duduk diam-diam jaga parti umno yang bakal disemadikan tanpa batu nesan pun dalam sikit masa lagi cukuplah.
"Mereka berdua ini siapa nak dibandingkan dengan mantan perdana menteri ini yang masih disanjungi rakyat jelata kerana prinsip perjuangannya yang kental demi kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair.
"Annuar dan Abd Rahman nak subahat dengan perdana menteri paling korup Najib Razak serta kerajaan kleptokrasi. Itu hak merekalah. Mereka berdua nak pilih jalan ke neraka lantaklah tapi jangan paksa serta cuba heret kami bersama," ujarnya.
(Dari kiri) Tan SriAnnuar Musa dan Datuk Abd Rahman Ibrahim(Dari kiri) Tan SriAnnuar Musa dan Datuk Abd Rahman IbrahimBeliau mengulas kenyataan Annuar pada Sabtu dipetik berkata, Dr Mahathir menyokong Bersih kerana itu satu strategi untuk menyelamatkan diri sendiri yang mempunyai banyak rahsia untuk disembunyikan, agar beliau tidak 'dibogelkan' atau dikritik teruk pembangkang ketika Umno tidak lagi menyokong perjuangan beliau.
Manakala semalam Abdul Rahman pula melabelkan Dr Mahathir sebagai pengkhianat kerana beranggapan bekas presiden Umno lima penggal itu merosakkan reputasi negara, merosakkan dan menjejaskan keyakinan pelabur dengan menyertai Bersih.
Khairuddin yang juga Setiausaha Kerja Deklarasi Rakyat berkata perjuangan Dr Mahathir adalah untuk melawan segala bentuk salahlaku perdana menteri paling korup serta kerajaan kleptokrasi demi menjaminkan kesejahteraan masa depan negara kearah untuk Selamatkan Malaysia.
"Walaupun ramai dari rakyat tahu pada peringkat awal Dr mahathir mohamad tidak dapat hadir kerana ke Sudan sehinggakan saluran media pro kerajaan melabelkan mantan perdana menteri itu sebagai pengecut yang kononnya takut untuk hadiri himpunan aman Bersih.
"Tetapi bila beliau sempat pulang ke tanahair seterusnya menunaikan permintaan rakyat untuk beri sokongan moral pada himpunan aman Bersih tiba-tiba pengamal-pengamal media pro kerajaan tukar skrip pula mengutuk tokoh negarawan terulung tersebut," ujarnya.
Justeru kata Khairuddin lagi, rakyat berhimpun pada himpunan aman Bersih kerana nak tunjuk sikap protes pada amalan rasuah kerajaan kleptokrasi di samping menuntut pilihanraya bersih, kerajaan bersih, sistem demokrasi berparlimen yang baik, hak membantah serta memperkasakan sabah dan sarawak.
"Sebanyak 5 tuntutan Bersih selari dengan tuntutan agama!! Tuntutan yang amat baik dan mulia buat rakyat jelata!! Jadi apa cacat celanya himpunan aman Bersih ini?
"Suhakam mengesahkan himpunan aman Bersih selaras dengan perlembagaan persekutuan dan rakyat yang menghadirinya telah menunjukkan sikap matang dengan tiada unsur-unsur provokasi langsung kearah mencetus huru-hara di negara ini.

"Saya tak faham kenapa Abd Rahman kata Dr Mahathir mengkhianati rakyat.
"Kemungkinannya Annuar dan Abd Rahman terkejut melihat sambutan rakyat pada 19 november yang lalu sehingga terkejut lalu mendorongkan mereka berdua keluarkan kenyataan yang tidak benarterhadap Dr Mahathir," ujarnya yang menjadi kumpulan pertama bersama Dr Mahathir menggerakkan Deklarasi Rakyat bersama pimpinan pakatan pembangkang sebelum tertubuhnya PPBM.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan PBBM hadir dalam perhimpunan rakyat Sabtu lalu  yang mendapat kritikan daripada pemimpin Umno.Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan PBBM hadir dalam perhimpunan rakyat Sabtu lalu yang mendapat kritikan daripada pemimpin Umno.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA