Ahad, 20 November 2016

Bersih 5: Ambiga puji usaha polis kekalkan keamanan

Tetapi mereka tidak sepatutnya menutup laluan ke Dataran Merdeka, kata bekas pengerusi Bersih itu
ambiga-rally-2
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara memuji 7,000 anggota yang bertugas memelihara keamanan di himpunan Bersih 5 dan Baju Merah, tetapi aktivis berpendapat beberapa perkara perlu penambahbaikan.
Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sukacita melihat penunjuk perasaan tidak diganggu, tetapi polis tidak perlu menutup laluan ke Dataran Merdeka.
“Saya tiada masalah dengan polis. Cara mereka memudahkan urusan kita dan tidak menganggu peserta harus dipuji,” katanya. “Cuma saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka menutup jalan. Himpunan itu boleh diakhiri dengan baik disitu juga, jadi bagi saya, tak wajar semua laluan ditutup.”
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata cara polis mengendalikan tunjuk perasaan hari ini sentiasa dijangka berlaku dalam demokrasi yang matang, malangnya ia jarang berlaku di negara ini.
“Kita hidup dalam demokrasi terbalik, iaitu kita ramal polis akan banteras, tahan dan mengasari rakyat. Oleh itu, bila ramalan itu meleset, kita mahu memuji mereka. Ini sudah salah,” katanya.
“Sekiranya kita mahu mencapai taraf demokrasi dunia pertama sepeti United Kingdom atau Australia, bantahan aman suatu kebiasaan dan memang polis dijangka akan memudahkan acara dan menghalang mereka yang cuba mencetuskan masalah.”
Beliau mengkritik penahanan beberapa aktivis dan ahli politik pembangkang dan siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
“Mereka kutip orang secara rawak, mereka yang tiada kaitan antara satu sama lain dan menuduh mereka cuba mencetuskan rusuhan. Maksud saya, tiada bukti langsung. Cuma kutip secara raman dan paling teruk apabila Maria Chin disiasat di bawah Sosma.”

Katanya anggota polis bawahan perlu dipuji kerana mengekalkan keamanan tetapi peringkat atasan, termasuk KPN dan timbalan beliau, perlu bertanggungjawab kerana “membesar-besarkan” Bersih.
Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twit memuji anggota bertugas kerana berjaya memastikan keamanan dan keselamatan dikekalkan sepanjang tunjuk perasaan hari ini.
Katanya pasukan polis “mempamerkan sifat kesabaran dan profesionalisme yang amat terpuji dalam melaksanakan tugas”.
Polis sebelum ini mengisytiharkan himpunan Bersih 5 sebagai perhimpunan haram selepas penganjur dikatakan gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA