Rabu, 2 November 2016

Bersatu akan tubuh Bahagian dan Cawangan seluruh negeri dalam waktu terdekat


Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) ketika sidang media diadakan di Putrajaya hari ini.Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) ketika sidang media diadakan di Putrajaya hari ini.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menubuhkan Bahagian dan Cawangan parti dalam waktu terdekat ini, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, penubuhan bahagian dan cawangan parti itu telahpun diputuskan sebagaimana pindaan perlembagaan yang telah disediakan.
"Kita akan mulakan pembentukan bahagian dalam waktu terdekat. Jumah 25 orang ahli dalam bahagian adalah syarat bahagian itu ditubuhkan. Nama yang dicadangkan akan dikemukakan ke sebuah  Jawatankuasa Pemilihan dan setelah diluluskan akan dilantik untuk menerajui Bahagian.
"Setelah bahagian dibentuk mereka akan diberikan kuasa untuk membuka cawangan mengikut pusat kawasan daerah mengundi sebagaimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Perkara ini jugalah yang ditunggu- tunggu ahli," ujarnya dalam sidang media selepas mengumumkan secara rasmi barisan penuh anggota kepimpinan tertinggi parti itu hari ini.
Muhyiddin berkata, Badan Perhubungan Negeri parti itu akan dibentuk disetiap negeri yang mana akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

Beliau juga turut menyentuh gerakan untuk pendaftar ahli parti itu masih lagi berterusan dan sambutannya amat luar biasa.
"Sambutan luar biasa terhadap parti Pribumi. Saya nak ucap terima kasih semua pendaftar yang menjalankan tugas secara sukarela," ujarnya tanpa mahu mendedahkan jumlah sebenar keahlian partinya sejak mula ditubuhkan  8 September lalu.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh  berkata bangunan baru Bersatu akan berada di Tingkt 8 Bangunan Yayasan Selangor yang masih diperingkat pengubahsuaian dan akan siap pada akhir tahun ini untuk menjalankan organisasi parti diperingkat pusat.
Artikel Berkaitan: Bersatu rasmi lantik senarai penuh barisan Anggota Majlis Tertinggi parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA