Rabu, 23 November 2016

'Bermusuh dengan Maria samalah bermusuh dengan seluruh wanita berprinsip'


Perarakan bermula di padang Merbok menuju ke parlimen bagi menyerahkan memorandum membantah penahanan Maria Chin di bawah SosmaPerarakan bermula di padang Merbok menuju ke parlimen bagi menyerahkan memorandum membantah penahanan Maria Chin di bawah Sosma
Tindakan menahan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) membuktikan kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak berasa terancam terhadap kewujudan Bersih yang berjaya memobilisasi rakyat ke perhimpunan Bersih 5.
Timbalan Ketua Angkatan wanita Amanah Nasional (Awan) Aiman Athirah Al Jundi berkata, tindakan menahan seorang wanita yang langsung tidak melakukan keganasan adalah usaha terdesak kerajaan BN mengekakng kebangkitan dan keberanian rakyat mempersoal salah guna kuasa kerajaan BN dan Najib khususnya berkaitan 1MDB.
"Semua ini jelas menampakkan bahawa Najib Razak adalah dalang sebenar di sebalik penahanan hampir 20 orang aktivis dan pemimpin rakyat menjelang Bersih 5.
"Malahan penahanan Maria Chin dengan menggunakan Akta Sosma hakikatnya adalah satu usaha desprado Najib mengekang kebangkitan dan keberanian rakyat mempersoalkan setiap sudut kelemahan pentadbirannya. Termasuklah Skandal 1MDB yang sudah cukup memalukan serta merugikan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Athirah juga menegaskan, tindakan kerajaan memusuhi Maria bermaksud kerajaan memusuhi wanita Malaysia dan rakyat yang berprinsip dan ini hanya mengundang kehancuran kepada kerajaan BN.
"Maria Chin hakikatnya adalah nama besar seorang pejuang wanita zaman ini, yang sudah berjasa bukan sahaja pada segelintir wanita pro pembangkang. Malahan anak-anak didik Maria Chin ada di mana-mana termasuk di dalam parti Umno BN dan badan-badan kerajaan.
"Semua wanita pejuang dan wanita berprinsip mengenali siapa Maria Chin dan apakah jasanya kepada kelompok wanita Malaysia khususnya dan rakyat keseluruhan amnya dalam membangunkan semangat serta jati diri mereka.

"Bermusuh dengan Maria Chin adalah bermaksud bermusuh dengan wanita Malaysia dan rakyat berprinsip serta berperjuangan. Meneruskan agenda permusuhan ini bermaksud Regim Najib Razak sedang menempah pukulan akhir untuk kehancuran puing-puing kuasanya," tegasnya.
Justeru beliau menyeru semua wanita bangkit menyertai solidariti mendesak pembebasan Maria pada setiap hari termasuk perarakan dari padang Merbok ke Parlimen hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada menteri-menteri.
Perarakan tersebut akan bermula jam 10.30 pagi.
"Saya seru mereka ini bangkit dan menyertai kami pada setiap hari solidariti mendesak pembebasan Maria sebagai seorang tokoh dan ikon pejuang wanita dan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA