Jumaat, 18 November 2016

Berkenalan dengan 'BERSIH Kid'

Pada usia 19 tahun, kebanyakan remaja akan bertumpu ke kafe, pusat membeli-belah atau berkumpul dengan rakan-rakan di gerai mamak.
Namun lain pula halnya dengan Aidille Iman, yang bangun jam 2 pagi setiap hari Rabu hingga Ahad menyediakan makanan untuk dijual di gerainya di tepi jalan di pasar pagi SS2 Petaling Jaya. Dia menjual, antaranya, nasi lemak dan nasi dagang.
Tetapi bukan itu sahaja yang dia lakukan di gerainya yang bernama "Projek AA".
Aidille juga merupakan promoter setia kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH, yang sering dilihat memakai kemeja-T BERSIH di gerainya.
Ketika konvoi BERSIH menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk meningkatkan kesedaran mengenai perhimpunan 19 November, Aidille pula memakai baju-T BERSIH pada hujung minggu ketika berniaga di gerainya.
Bercakap kepada Malaysiakini di gerainya pagi semalam, katanya, dia cuba berbual dengan pelanggannya mengenai BERSIH dan menjemput mereka ke perhimpunan BERSIH yang akan diadakan esok di Kuala Lumpur.
Remaja dari Subang Jaya itu tidak ada apa juga kaitan dengan BERSIH, katanya, tetapi dia menyokong apa yang BERSIH sedang cuba apai.
Ketika itu, dua lelaki berjalan lalu dan terdengar seorang daripada mereka berkata "makanan di sini sedap".
Mendengar kata-kata kawannya, lelaki itu berhenti untuk membeli sarapan pagi di gerai dan menyedari Aidille (gambar) dan rakannya memakai baju-T BERSIH.
Rakannya memakai baju-T rasmi perhimpunan BERSIH5, manakala Aidille pula memakai baju BERSIH dengan rekabentuk rekaannya sendiri, yang menggabungkan unsur perpaduan.
Lelaki itu minta bergambar dengan dua remaja itu. Puas hati dengan gambar yang diambil, dia menjelaskan bayaran sarapan itu dan beredar dari situ.
Ketika perhimpunan semakin hampir, Aidille berkata dia memakai baju-T BERSIH rekaannya itu setiap hari di gerainya.
Ini bukan kali pertama Aidille berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dekat di hatinya.
Kekecohan di Low Yat

Tahun lepas, selepas berlaku kekecohan Plaza Low Yat Plaza, ketika itu dia berusia 18 tahun itu Aidille memutuskan untuk melakukan sesuatu yang positif.
Dia memutuskan untuk pergi ke plaza itu dan bercakap dengan pemilik kedai untuk memfilemkan video mereka menyanyikan lagi Michael Jackson 'We Are The World'.
Bagaimanapun, katanya, rakan-rakannya bimbang dan sibuk, jadi dia akhirnya pergi sendirian ke Low Yat.
Walaupun dapat bercakap dengan pemilik kedai yang terlibat dalam kekecohan itu, dia tidak dapat memfilemkan video kerana mereka sibuk.
Namun begitu, katanya, dia merasakan telah mencapai misinya hari itu; untuk menyebarkan mesej toleransi kaum.
Kali ini, dengan BERSIH, ia tidak berbeza, kerana katanya dia mahu untuk meyakinkan rakan-rakan sebangsa Melayu untuk menyertai perhimpunan BERSIH.

1 ulasan:

  1. Org melayu yg mcm ni najib dan umno takut. Dia rajin, berniaga sendiri, independent,tak mudah dirasuah,dan BERANI! The exact opposite of jamal

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA