Khamis, 10 November 2016

Berkecuali: Semua pemimpin tinggi PAS sibuk, tidak hadir konvensyen Pakatan

Konvensyen pertama Pakatan Harapan bakal menyaksikan gabungan itu mengadakan persefahaman satu lawan satu menentang BN.
takiyuddin_hassan
PETALING JAYA: PAS mengesahkan tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam, Sabtu ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau menerima jemputan daripada PH itu semalam.
Katanya, kesemua pimpinan tertinggi parti itu mempunyai program lain.
“Saya dah semak kebanyakan kita ada program. Memang saat-saat akhir tak sempat nak pergi.
“Saya pun ada program di Kota Bharu,” katanya yang menambah terpaksa hadir sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan.
Takiyuddin bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut program yang terpaksa dihadiri pemimpin lain.
“Itu tak perlu (tahu) kot. Sebab semua ada komitmen masing-masing. Semua ada program parti yang tak boleh dibatalkan serta merta,” katanya.
Konvensyen pertama PH Sabtu ini bakal menyaksikan perjanjian antara gabungan PKR, DAP dan Amanah itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mewujudkan kerjasama mencapai strategi satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
PAS setakat ini masih belum membuat keputusan sama ada akan bekerjasama dengan pembangkang lain pada PRU akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA