Selasa, 1 November 2016

Berhenti ganggu aktivis pro-demokrasi

Wan Azizah menyertai konvoi Bersih 5 di Kota Bharu pada OktoberWan Azizah menyertai konvoi Bersih 5 di Kota Bharu pada Oktober
Perbuatan anti demokrasi oleh pihak berkuasa menyebabkan kredibiliti mereka makin dipersoal, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Merujuk kepada penahanan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ketika mengedarkan risalah Bersih di Sabah Sabtu lalu, Wan Azizah mempersoal sama ada mengedarkan risalah mengajak rakyat turun menyertai perhimpunan aman demi pilihan raya yang bersih dan adil adalah satu jenayah.
"Persoalan yang harus dijawab oleh pihak berkuasa; adakah mengedarkan risalah mengajak rakyat turun menyertai perhimpunan aman demi pilihan raya yang bersih dan adil satu jenayah?
"Perbuatan anti-demokratik oleh pihak berkuasa ini telah menyebabkan kredibiliti mereka makin dipersoal. Tambahan lagi ‘penjenayah-penjenayah’ sebenar contohnya mereka yang terlibat dengan skandal 1MDB, masih bebas. Tiada siasatan terhadap mereka ini apatah lagi penahanan," katanya dalam satu kenyataan.
Sabtu lalu, Maria ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk disoal siasat.
Beliau dibebaskan atas jaminan polis.

Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata, rakyat perlu mengambil semangat daripada perayaan Deepavali yang baru disambut agar menanam tekad dan bersatu tenaga melawan kejahatan dan kegelapan.
"Dalam menghadapi detik-detik gelap sebegini, saya menyeru agar kita mengambil semangat daripada perayaan Deepavali menanam tekad dan bersatu tenaga melawan kejahatan dan kegelapan.
"Kepada pihak berkuasa pula, tumpuan tenaga dan segala sumber harus diberikan kepada mereka yang melanggar undang-undang bukan mereka yang memperjuangkan keadilan dan demokrasi," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA