Sabtu, 5 November 2016

Belajar dari kesilapan untuk elak ulangi kesalahan - Sultan Nazrin Shah

Sultan Nazrin Shah
KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar semua pihak perlu sentiasa belajar daripada sejarah bagi mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Baginda bertitah sejarah bukannya ramalan tetapi ia catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan rujukan, teladan serta panduan.
"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda Raja Azlan Muzaffar Shah yang juga Raja Kechil Besar serta Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Antara yang hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para exco kerajaan negeri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA