Jumaat, 4 November 2016

Bekas Pengerusi SPR 'silence supporters', kata MPT Bersatu


Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur RahmanMana-mana pihak yang tidak berpuashati  pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden   dan barisan majlis pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta tidak mempertikaikannya, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Kamarulazaman Habibur Rahman.
Beliau berkata semua pelantikan telah dipersetujui kedua pihak sebulat suara oleh Presiden dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan sebelum pengumuman senarai nama barisan kepimpinan tertinggi parti itu.
"Masa kita melantik Majlis Pimpinan Tertinggi sudah jangka mungkin ada pihak yang akan rasa tidak puashati kita tidak boleh elakkan pendapat orang ramai.

"Tapi kita dah buat yang terbaik untuk menentukan bahawa kita dapat memilih mereka yang akan membantu mengembangkan parti.
"Malahan kita juga telah menawarkan beberapa pihak yang mana mereka ada yang belum bersedia terlibat sepenuhnya dalam parti tetapi mereka menyatakan sokongan terhadap parti.
"Barisan kepimpinan yang ada hari ini itulah keputusan yang terbaik dan termampu dibuat setakat ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan ahli seumur hidup parti itu Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar dipetik dari laporan Malaysiakini pada Rabu, mempersoalkan jawatan naib presiden diberikan kepada bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman itu.
Zienal juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari sebagai naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai parti itu.
Tan Sri Abdul Rashid Abdul RahmanTan Sri Abdul Rashid Abdul RahmanKamarul yang juga Setiausaha Kerja parti berkata, dalam mesyuarat yang pernah diadakan bersama Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rashid menyatakan sokongannya terhadap perjuangan Bersatu dari awal.
"Pandangan saya, Tan Sri Rashid menyatakan menyokong perjuangan parti katanya dalam mesyuarat itu dia bersetuju untuk bersama dalam kepimpinan parti dan kami berpendapat dengan pengalaman yang dia miliki dalam SPR dapat bantu parti dalam bidang yang dia mahir dan diterajui selama ini.
"Dia memang menyokong perjuangan parti 'silence supporters'. Mungkin ada setengah pihak rasa tidak nampak sebelum ini kerana barisan kepimpinan tertinggi ini dipilih dalam beberapa kategori.
"Tidak semestinya seseorang itu perlu menonjolkan diri kerana kami juga ada menawarkan jawatan kepada individu tertentu.

"Ada yang mahu tetapi ada yang menolaknya tetapi masih menyokong usaha dilakukan parti secara senyap.
"Ada juga dikalangan mereka yang aktif mengikuti program dianjurkan parti, selalu naik pentas bagi ceramah....itu pun kita 'offered'," ujar Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) ini.
Justeru katanya, parti akan memberi peluang kepada semua ahli untuk membuat pilihan barisan pimpinan baru dalam Mesyuarat agung yang akan diadakan kelak.
"Akan ada mesyuarat agung kita boleh membuat pilihan dan kita akan amalkan demokrasi kepada ahli parti untuk buat pilihan mereka untuk menentukan barisan pimpinan tertinggi parti," ujarnya.
Kamarulazman sebelum ini disebut-sebut akan menerajui jawatan Setiausaha Agung atau Ketua Penerangan parti sebaliknya beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti.
Mengulas mengenai jawatan disandangnya itu Kamarulazman berkata, beliau merasakan khidmatnya lebih diperlukan dalam mengendalikan struktur dalaman parti.
"Tugas saya untuk menguruskan parti supaya dapat ke arah landasan yang betul dan kerja parti diperingkat akar umbi dapat disusun dan diatur dengan baik," ujarnya.
Pada Rabu  parti Bersatu mengumumkan secara rasi pelantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presiden.
Manakala Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai Naib Presiden. Turut dilantik dua lagi Naib Presiden Datuk Abdul Rashid Asari dan Datuk Hamidah Osman (bekas ketua penerangan wanita Umno).
Selain itu, turut diumumkan 13 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu antaranya bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik dan Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Muhammad Zahid Mat Arip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA