Selasa, 22 November 2016

Bayar bil pembersihan, kalau tak DBKL saman Bersih, Baju Merah

DBKL berkata ia sedang mengumpul bukti kekotoran akibat kedua-dua himpunan itu pada 19 November yang dianjurkan Bersih 2.0 dan gerakan Baju Merah.
amin-nordin
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur himpunan Bersih 5 dan Baju Merah jika mereka gagal membayar bil pembersihan yang akan dikeluarkan.
Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL kini sedang mengumpul bukti kekotoran akibat kedua-dua himpunan itu pada 19 November.
“Kami sedang menilai kos pembersihan dan kerosakan harta awam yang disebabkan peserta Bersih 5 dan Baju Merah.
“Kami juga menunggu penilaian Alam Flora, berapa banyak kali mereka terpaksa mengangkat sampah yang dikutip kumpulan Bersih,” katanya kepada FMT.
Amin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sampah yang ditinggalkan peserta di beberapa bahagian di kawasan pusat bandar.
Beliau berkata DBKL menjangkakan siasatan akan lengkap pada hujung minggu ini.
“Sebaik saja semua maklumat dikumpul, kami akan keluarkan bil kepada penganjur.
“Jika gagal membayar bil mereka, kami akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.
FMT sebelum ini melaporkan himpunan balas yang dibuat Baju Merah menyebabkan Padang Merbok dipenuhi sampah.
DBKL mengeluarkan bil berjumlah RM65,000 kepada Bersih pada himpunan Bersih 4 selama 2 hari yang diadakan pada Ogos tahun lalu. Bil Baju Merah ialah RM38,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA