Rabu, 2 November 2016

Barat tidak perlu ajar kami, kata Najib

Najib meminta kuasa besar dunia melayan negara kecil dengan lebih adil dan berhenti menjadi penjajah semasa lawatan beliau ke China.
najib-chinaBEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bekas kuasa penjajah tidak boleh “mengajar” negara yang pernah mereka eksploitasi hal ehwal dalamannya, lapor akhbar berbahasa Cina pada Rabu.
Ini berikutan langkah Malaysia yang dilihat semakin bersunguh-sungguh dalam mengukuhkan hubungan dengan China.
Lawatan Najib ke Beijing mengikuti Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang mengumumkan “pemisahan” dari Amerika Syarikat (AS) dan menandatangani draf memorandum persefahaman bagi pelaburan China di negara ini.
Najib yang dalam rangka lawatan 6 hari ke China, berkata dalam satu ruangan editorial China Daily yang negara lebih besar perlu melayan negara kecil dengan adil.
“Dan ini termasuk bekas kuasa penjajah. Mereka tidak perlu ‘mengajar’ negara-negara yang pernah mereka eksploitasi, tentang bagaimana untuk menjalankan urusan dalaman mereka sendiri pada hari ini,” katanya.
Filipina adalah bekas jajahan Sepanyol dan AS, dan Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British.
Najib merancang mengukuhkan hubungan dengan China selepas tindakan undang-undang difailkan oleh Jabatan Keadilan AS pada Julai yang mengaitkan beliau dalam skandal pengubahan wang haram.
Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan.
Lebih AS$3.5 bilion didakwa disalahgunakan daripada firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut tindakan undang-undang sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman.
Siasatan itu menjadikan hubungan antara Malaysia dan AS menjadi tegang, dengan Najib menolak ia sebagai campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia.

Peralihan Filipina dan Malaysia terhada China dilihat sebagai membalas pengaruh AS di rantau ini.
Najib juga menulis mengenai pertikaian di Laut China Selatan yang perlu diselesaikan melalui dialog mengikut undang-undang.
China mendakwa kebanyakan perairan yang kaya dengan tenaga di mana kira-kira AS$5 trilion bagi nilai laluan perdagangan kapal setiap tahun. Ia juga dituntutu beberapa negara jiran lain iaitu Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
“Apabila ia melibatkan Laut China Selatan, kami percaya pertikaian wilayah dan maritim perlu diuruskan dengan tenang dan rasional melalui dialog, selaras dengan kedaulatan undang-undang dan rundingan secara aman,” katanya.
Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin berkata pada Selasa yang Malaysia berjanji dengan Beijing untuk menangani pertikaian Laut China Selatan secara 2 hala.
Malaysia bersetuju membeli 4 kapal tentera laut China dan menandatangani 14 perjanjian berjumlah RM143.640 bilion (AS$34.25 bilion), menurut Bernama, selepas pertemuan antara Perdana Menteri China Li Keqiang dan Najib pada Selasa.
Najib juga berkata Malaysia menyambut baik Infrastruktur Asia, China yang disokong Investment Bank yang menandakan satu titik perubahan “dialog aman, tidak campur tangan asing, di negeri-negeri berdaulat”.
Institusi global perlu memasukkan “negara-negara yang tidak diberi suara dalam infrastruktur perundangan dan keselamatan ditubuhkan pihak yang menang dalam Perang Dunia Ke-2,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA