Jumaat, 18 November 2016

Baju Merah juga akan ditangkap.?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam operasi pencegahan oleh polis, dan menggesa BN supaya menghormati undang-undang perhimpunan aman
lim-guan-eng-merah-1
GEORGE TOWN: Gerakan Baju Merah akan berdepan nasib yang serupa dengan penyokong Bersih 5 dan pemimpin pembangkang, tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, susulan operasi anti-rusuhan hari ini.
Guan Eng mengecam tangkapan penyokong Bersih dan ahli partinya, dan menambah pihak tidak terkejut sekiranya polis akan menyusuli tindakan ini dengan penangkapan aktivis anti-Bersih.
Jelasnya, hanya penangkapan pemimpin dan aktivis Baju Merah boleh mewajarkan penahanan aktivis Bersih.
“Adakah akan ada lagi tangkapan dalam operasi pencegahan ini yang dijalankan menjelang tunjuk perasaan Bersih esok?”
“DAP tidak terkejut sekiranya polis turut menangkap beberapa pemimpin Baju Merah bagi menampakkan layanan sama rata, sekaligus mewajarkan tindakan terhadap pembangkang dan pemimpin Bersih,” katanya.
Guan Eng menyeru BN supaya mendukung prinsip berhimpun secara aman dengan membenarkan rakyat berhimpun dan bertindak ke atas mereka yang mengamalkan keganasan.
Petang tadi pemimpin DAP Ronnie Liu ditangkap di hadapan Bukit Aman kerana cubaan rusuhan esok, manakala Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke ditangkap berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.
Polis turut menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh selepas serbuan ke atas pejabat Bersih di Petaling Jaya petang tadi.
Polis dalam serbuan itu merampas 10 komputer riba, 2 kotak besar berisi dokumen, dan 2 telefon bimbit. Kad pengenalan Maria dan Mandeep turut dirampas.

Polis turut menyoal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembabitan dalam tunjuk perasaan, yang diadakan Bersih 2.0 bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Turut ditahan adalah aktivis Kesatuan Mahasiswa Malaysia Muhammad Luqman Nul Hakim, dan 2 lagi ahli DAP Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas tunjuk perasaan Bersih 5 dan himpunan balas Baju Merah yang dipimpin ketua Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah haram, dan memberi amaran tindakan akan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA