Sabtu, 5 November 2016

Baju Merah baling botol kepada polis, kena peserta lain

PETALING JAYA - Cubaan membaling botol air ke arah pihak polis oleh peserta himpunan baju merah di pejabat Malaysiakini hari ini gagal, sebaliknya ia terkena peserta lain dalam himpunan itu.
Tindakan itu kemudiannya mendapat amaran daripada pasukan polis yang mengawal perimeter pejabat Malaysiakini.
Baling botol kepada polis, kena peserta lain Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berikutan pelakunya tidak dapat dikesan.
Ratusan peserta gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkumpul mengadakan bantahan di pejabat Malaysiakini, di sini, hari ini.
Difahamkan, bantahan itu dibuat terhadap aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.
Pihak polis dari ibu pejabat daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditempatkan di sekitar kawasan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA