Rabu, 16 November 2016

Badan Peguam akan rayu keputusan 'tiada semakan' keputusan AG

Badan Peguam Malaysia akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membolehkannya untuk memohon semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara (AG) untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara-perkara yang berkaitan 1MDB.
Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata, ia adalah satu kes yang signifikan kerana ia melibatkan bidang kuasa mengenai kuasa pendakwaan peguam negara sebagai pendakwa raya, dan kebebasan badan penyiasat mengikut undang-undang yang ditubuhkan seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Dalam satu kenyataan malam tadi, Thiru berkata kes itu juga mengenai prinsip kardinal bahawa tiada perantaraan (instrumentality) kerajaan mengatasi undang-undang dalam sistem yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang.
Thiru berkata Badan Peguam Malaysia kecewa dengan keputusan yang dibuat pada 11 November itu bahawa keputusan AG tidak tertakluk kepada semakan kehakiman dalam mahkamah undang-undang, dan ia adalah berdasarkan kepada kuasa dan budi bicara yang diperincikan dalam perlembagaan.

Katanya, adalah mengecewakan bahawa Mahkamah Tinggi tidak secukupnya mengambil kira hujahan Peguam Malaysia bahawa AG, dalam mencapai keputusannya, berupa menjalankan kuasa di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, apabila tiada apa-apa kuasa wujud dalam peruntukan tersebut.
Oleh itu, hujah Thiru, isu tidak boleh diadili (justiciability) adalah tidak relevan, kerana apa-apa penjalanan kuasa yang di luar skop apa yang dibenarkan oleh undang-undang, sentiasa dikaji semula oleh mahkamah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA