Isnin, 7 November 2016

Audit Skandal 1MDB khusus untuk PAC sembang Azalina...

 Pembangkang terus mendesak supaya Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diubah status sulitnya.
Bagaimanapun pihak kerajaan pula terus menegaskan ia khusus untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC.

“Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di parlimen.
Jawapan itu sebagai menjawab permintaan R Sivarasa (PKR-Subang) supaya perdana menteri menyatakan bila kerajaan akan mengubah status laporan itu.

Sementara itu, Azalina juga berkata laporan PAC berkenaan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB telah pun dibentangkan di parlimen pada 7 April 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA